Ada dua jenis Jin yang jarang kita jumpa bila mereka merasuk seseorang manusia.
1) Jenis Jin yang degil dan suka berbohong
2) Jenis Jin yang senang ikut kata
Aku nak citer dulu pasal Jin yang degil ya amat ni...
Pernah aku ikut ustaz berubat di luar kawasan. Masa tu kitaorang ke salah satu Chalet di Teluk Gorek, Mersing. Masa tu, anak sedara pada ustaz sendiri, budak perempuan yang berumur 15 tahun, terkena gangguan. Budak tu ikut rombongan sekolah.
Masa terkena tu, cikgu terpaksa menelepon bapa budak tu, iaitu abang kepada ustaz. Mereka buat macam2 cara untuk halau 'benda' yang merasuk, tapi 'benda' tu degil.. dan tak nak keluar. Bapa budak tu tak tau nak buat apa, dan terus call ustaz minta bantuan.
Mulanya, ustaz mengajar cara2 menghalau jin kepada cikgu tu, melalui telepon saja. Tapi masih tak berkesan. So, malam tu jugak, ustaz ajak aku sorang, kebetulan kitaorang tengah layan bola kat kedai mamak. (Kenapa ? tak caya ? ingat ustaz2 ni tak minat bola ker? hehe)
Singgah sekejap ke rumah abang ustaz, kami berempat, termasuk kakak ipar ustaz terus bergegas ke destinasi.
Lebih kurang 1 jam lebih pemanduan, kami tiba di chalet tu. Kat luar memang nampak tiada apa yang berlaku. Walaupun gelap, nampak aman jer. Masuk je di dalam, suasana kecoh semacam. Rupanya ada 2-3 orang pelajar lagi yang terkena.
Selesai jer memagar, dan menghalau yang jin 'kecil2', tinggal 'penghulu' dia, ada pada anak sedara ustaz tu. Masa tu, Ustaz memegang ibu jari kaki sebelah kiri budak tu, dan bermulalah dialog antara ustaz dan jin tu. Aku pun ingat2 lupa. Tapi, lebih kurang macam ni la.
Ustaz : Nama kamu ?!
jin : Kenapa mahu tau nama aku ? Siapa kau ??!
Ustaz : Apa agama kamu ?
jin : tidak!
Ustaz : Apa agama kamu ?
jin : Majusi
Ustaz : kenapa kamu enggan keluar ?!
jin : tak nak !
Ustaz : kenapa kamu enggan keluar ?!
jin : Aku tak nak cakap !
Ustaz : Aku cakap baik2. Atau nak aku hapuskan kamu ?!
jin : Baik lah. Tapi dengan satu syarat.
Ustaz : Tiada urusan aku dengan kamu.
jin : Ikuti syarat aku ! Akan aku keluar dari tubuh budak ini.
Ustaz : Tiada urusan aku dengan kamu.
jin : Aku mau daging gagak salai. kau letak pada pohon besar di luar.
Time ni, tanpa membuang masa, ustaz terus membaca ayat2 Ruqyah.
Jin tu terpekik kuat. Kemudian budak tu terkulai layu. Ustaz mengarahkan ibu kepada budak tu, menyapu air yang didoa, ke muka budak tu.
Masa ni, ustaz memberi isyarat pada aku, agar lihat ke arah pokok besar di luar chalet. Aku bangun, lepas tu aku tarik tangan salah sorang guru lelaki kat situ.. terpinga2 gak dia time tu.. (nak ajak teman sebenarnya..hahahha) Kat luar tu, aku mula berdoa dan menyapu kelopak mata.
Astaghfirullah ! Aku start nampak satu "Benda" bawah pokok tu. Hitam seperti bayang. Tinggi. Mulut atau muncung nya panjang. Aku genggam tangan kanan, sambil membaca Ayatul Kursi, 1000 Dinar, dan beberapa ayat lain, lepas tu aku beranikan diri, mendekati benda tu. Yang penting ustaz ada ingatkan, supaya jangan benda tu tau aku boleh nampak mereka.
Belum sempat aku buat apa2 (sepatutnya aku perlu hentakkan tangan aku ke tanah, atau dinding berdekatan..), benda tu dah hilang.
Aku tarik nafas lega. Kelihatan macam dah settle. Semua kat situ tersenyum lebar.
Dalam 10 minit, kitaorang disaji kopi-o panas. Sambil berbual, tiba2 anak sedara ustaz tu, menjerit semula. Perkataan yang disebut berulang2 kali time tu..
" Ilmu kamu tidak kuat! Ilmu aku lebih berkuasa !"
Ustaz arah budak tu dipegang. Lepas tu dia mengeluarkan tasbih dan Tongkat Raja Kayu kepunyaan beliau. Dia memukul2 budak tu (slow sangat tau.. bukan kuat2).
" Kamu degil ye ! Kamu degil ! Nah rasa ni! Rasa ni !"
" Sakit ! Sakit ! Tolong ! Aku keluar ! Aku Keluar !"
Sekali lagi... budak tu terkulai. Seakan2 jin tu dah keluar. Tapi seperti aku dan ustaz jangka.. dalam 10 minit, dia datang lagi. Kali ni siap mengilai... dan ganas sikit.
Ustaz buat sekali lagi, dengan bacaan yang kali ni lebih sedikit dari sebelum ni. Lepas tu ustaz buat barang mandian dan air minum (yang didoa) untuk budak tu minum. Ustaz arahkan kakak iparnya, iaitu ibu pada budak tu, memandikan budak tu dengan segera, dengan barangan ubatan tadi. Seupaya cepat benda tu keluar dah tak kacau lagi.
Aku pulak, tanpa disuruh, aku pergi semula kat pokok besar tadi, aku berjaga kat situ. Aku perhati dan pastikan benda tu tak keluar lagi. Masa ni, aku guna sebatang paku dan beberapa benang yang didoa ustaz untuk memagar pokok tu. Seram sejuk beb masa ni. Takut pun ada.
Korang bayangkan aku sorang jer kat luar ni... huhuhu
Bila semua dah selesai, Alhamdullilah, budak tu tak meracau, dan benda tadi terus hilang tah ke mana. Aku yakin, benda tu tak kembali pada pokok tu.

YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...