SALINAN LAPORAN KES
Butiran Mangsa
Nama Seperti KP : Pakcik Hensem Bin Atuk Gagah
Nama Gelaran : Pakcik Hensem
Umur : Rahsia
No KP : Rahsia
Alamat Rumah : Rahsia
Kejadian berlaku : Awal tahun 2019, lebih kurang lepas raya cina.
Lokasi berlaku :
1) Ruangan dapur dalam rumah kediaman mangsa
2) Bilik tidur mangsa
3) Ruangan Pejabat mangsa
Laporan kes terperinci :
Berdasarkan butiran di atas, saya sebagai mangsa yang teraniaya, ingin melaporkan bahawa saya telah di 'game' oleh seseorang. Suspek tidak dikenali. Beliau dengan zalim dan tanpa belas kasihan, membuat saya muntah2, loya teka, dan sakit perut. Buat pengetahuan pihak tuan, symptom tersebut memang seperti seorang yang disyaki mengandung. Tapi saya tidak mengandung. Diulangi. SAYA TIDAK MENGANDUNG!Saya membuat laporan ini adalah untuk melindungi diri dari di 'game' sekali lagi.
Sekian.
++++++++++++++
Amacam? paham tak? apa? tak paham?? ermmm...
Meh Pakcik citer sikit.
Sedih tau.Selama ni, pakcik asyik tolong ustaz ubat pesakit yang terkena sihir, kena rasuk, atau kena gangguan. Tapi bila kena diri sendiri, kadang2 kita blur sekejap... tak tahu nak buat apa2.
Biasanya dahulu, bila kita cuba buat bahan berubat... ada air, limau purut, atau kuntuman bunga jika betul2 kes serious atau kronik, serta bahan2 lain. Tapi bila kena diri sendiri, memang susah nak kawal diri untuk buat bahan2 ubat tu.
Masa kena tu, mulut susah nak baca ayat2, kepala ni pun memang susah nak ingat ayat2 yang pakcik hafal selama ni. Cara2 pun boleh tak ingat step dia. Bahan2 dah ada depan mata. Tapi tak buat apa2. Banyak termenung jer depan bahan2 tu. Serious. Dah macam orang bodoh dah. Masa tu, pakcik terpaksa guna buku2 catatan untuk buat step-by-step cara2 nak buat bahan berubat tu.
Banyak dah tanda2 atau symptom yang pakcik kena. Dari mimpi sampailah rasa kat badan. Tapi yang silapnya pakcik masa tu, pakcik tak refer pada ustaz, atau kawan2 seperguruan yang lain. Paling tidak pun, sepatutnya pakcik tanya pada Pakcik yang duk Singapore tu.
Ada beberapa symptom yang pakcik kena. Symptom2 ni jugalah, korang boleh jadikan rujukan. Kalau agak2 korang ada sikit2 macam ni, baik korang pergi buat rawatan kat mana2 Pusat Rawatan Perubatan Islam yang berdekatan dengan rumah korang.
Ni lagi satu pakcik nak bagi tips ni... Semua Pusat Rawatan Perubatan Islam kat Malaysia ni, ada kelebihan masing2. Tak ada yang perfect. So, tak payahlah kita nak banding2 kan mana yang lebih bagus. Contoh... Kalau Pusat Rawatan A terbaik bab Pulih Sihir, tapi kurang bab Pulih Rasuk... Pusat Rawatan B pulak Bagus sangat bab Pulih Rasuk, tapi bab Pulih Sihir, mereka kurang sikit. Pusat Rawatan C pulak, kelebihan dari segi menaikkan Seri Wajah, Melariskan perniagaan, cari jodoh, dan macam2 lagilah. Masing2 ada kelebihan tertentu. Yang penting bagi pakcik, kalau ada satu2 kes tu, cuba yang dekat dulu. Try Google. Cari lokasi. Kalau tak OK, baru cari yang lain. Yang jauh.
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...