Aku nak cerita sikit, pengalaman masa aku mengikut ustaz merawat seorang budak ni. Tiba2 jer aku boleh teringat pasal budak ni. Tah kenapa tah...
Budak lelaki ni berumur antara 13-15 tahun masa tu. Aku kenal dia pasal dia ni sebenarnya salah seorang budak yang join Kursus Pengurusan Jenazah, anjuran Masjid di Taman yang aku duduk. Dia ni jenis tak de kawan. Pendiam sesangat.
Berbalik pada cerita aku ikut ustaz tu, kami dijemput datang ke rumah budak tu. Bapa dia bercerita pada ustaz yang anak dia tak larat nak bangun. Rasa kepala yang sakit teramat sangat. Dua kali mereka hantar ke Klinik, tetapi doktor tak dapat nak kesan sakit apa. Doktor sendiri yang suggest kan cuba rawatan alternatif, dan doktor tu (yang merupakan rakan ustaz), suruh mereka berjumpa ustaz.
Pendekkan cerita, aku dan ustaz masuk ke bilik budak tu. Sampai jer di muka pintu, budak tadi yang sedang tidur tu, tiba2 tersentak dan melompat ke hujung katil. Aku sendiri pun masa tu hampir2 jer nak melatah. huhuhu...
Sebelum ustaz mengubat, ustaz ajak budak tu berbual.
" Assalamualaikum "
" ..... " budak tu senyap. Mata memandang tajam arah aku dan ustaz
Time ni, bapa budak tu mula memanggil nama.
" Qayumm... (Bukan nama sebenar) "
" Ye ayah? Siapa pakcik2 ni, Yah ? " Budak tu tanya.
Ketika ni, dalam hati aku cuma terdetik satu je...
" PAKCIK ?? Apa muka aku ni nampak tua ker ??! HUH !!"
( Ok.. kita sambung balik... )
" Diorang kawan ayah... nak ubatkan Qayumm "
" OK " jawab budak tu.... OK jer ? Pergh.. mudah betul ni...
Budak tu mendekati kitaorang. Tapi masih duk bersila di tengah2 katil. Muka dia nampak tenang. Tak nampak apa2
yang pelik. Aku memulakan bacaan dalam hati. Tangan menyapu kelopak mata. Cuba nak kesan apa yang berlaku pada budak ni. Mudah-mudahan, tiada apa yang tak best berlaku. Harap2 lah...
Memandangkan pesakit dalm keadaan sedar, Ustaz memulakan 'interview'..
" Qayumm, ustaz nak tanya ni... "
" Ye Ustaz ? "
" Qayumm rasa apa sekarang ni ? "
" Saya rasa.... sakit sangat kat kepala ni ustaz... kat sini... " budak tu memegang atas kepalanya, kerana nak tunjuk bahagian mana yang sakit.
Time ni la... tiba2 je mata aku nampak dengan jelas, ada satu lembaga hitam, berbulu, dan kurus tinggi, sedang menenggek atas bahu budak ni. Yang aku nampak, kepala seperti DUBUK... Tangan panjangnya mencengkam rambut budak tu, seakan2 tidak mahu lepas.
Aku terkejut, dan cuba nak cuit ustaz, tapi ustaz menepis tangan aku dulu. Dia beri isyarat supaya aku diam.
Aku dah rasa serba tak kena. Lebih2 lagi, benda tu dah start tenung kami berdua, dengan wajah yang marah. Dalam kepala aku ni asyik lah terpikir, kalau lah benda tu lompat terkam aku... mampus aku... Aku tak nak mati la, Encik ustaz oii....
Ustaz mengarahkan bapa budak tu keluar dari bilik, dan aku disuruh tutup pintu. Ustaz arah aku ajak budak tu berbual. ALAMAK.... apahal lak ni...
Aku pun start berbual... tanya soalan2 spontan yang bodow dan skema. Mana tak nya, aku boleh bertanya pasal sekolah...pasal awek... pasal hobi... pasal pagi tadi makan apa... (aku ngaku, memang betul2 bangang)..
Selesai jer ustaz memagar bilik, ustaz terus menyoal benda tu direct. Aku perasan yang budak tu terkejut. Dia mendongak beberapa kali untuk mencari yang ustaz tu berbual ngan siapa.. hehe
Aku nampak dengan jelas, benda tu berbual dengan ustaz (bab ni, aku memang tak dengar apa yang benda tu cakap.) Yang jelas ustaz marah bila benda tu tak nak keluar.
Selepas ustaz membaca beberapa bacaan surah tertentu, dan melakukan beberapa cara menghalau, benda tu tiba2 hilang, dengan kepulan seperti asap vape.
Setelah semua selesai, budak yang tadi masih blur2 tu, menceritakan yang sebelum ni, dier beberapa kali mimpi yang dia punyai kawan baik, yang dia sendiri tak kenal. Tapi dia betul2 suka kat 'kawan' dia tu.
So, oleh kerana rasa seronok tu dia rasa hingga ke alam nyata, bukan saja dalam mimpi, 'kawan' yang dia suka tu, sukar nak pisah dengan budak tu. dan 'kawan' yang dia jumpa tu, adalah seekor makhluk Jin, yang juga ingin berkawan.
Sebenarnya, kes macam ni berbahaya sekiranya 'kawan' dia tadi tu terlalu suka, dan dia nak hidup berdamping selamanya, dan akhirnya, jadi lah yang kita panggil Saka. Saka yang asal dari pendamping.
So, kalau korang yang selalu mimpi orang yang sama, tapi tak kenal, ingin berkawan, hati2 ye... kalau terjaga malam tu, at lease, ambil wuduk... untuk elak 'benda' tu nak jadi geng...
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...