65. Semah Rumah

5K 462 12
                                    

Selain mengubati pesakit yang kena rasuk, aku juga pernah beberapa kali mengikut Ustaz pergi Menyemah Rumah atau bangunan kosong. Semah rumah atau " memagar rumah " adalah bertujuan menghindari gangguan hantu syaitan ,makhluk halus, perbuatan sihir dan pencerobohan rumah bagi yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Pengalaman pertama hal semah rumah ni, aku ikut ustaz dan seorang lagi pembantu ke Batu Pahat, Johor. Menurut kata yang empunya rumah, selalu saja ada gangguan di situ. Lebih2 lagi bila malam.

Sebenarnya, rumah tu dia sewakan. sebelum ni, banyak juga aduan dari penyewa, kata yang rumah tu memang 'keras'. Penyewa bertukar saling berganti. Tak pernah kekal. Paling lama pun mereka duk situ sebulan lebih.

Sampai saja di pintu pagar rumah tersebut, Ustaz bisik pada aku...

"Kita ikut tuan rumah masuk, apa2 pun kita settle dalam dulu"

WADUH ! Takkan aku kena wat solo lagi??

Aku paham sebenarnya maksud ustaz, pasal pada mula2 kami sampai tadi, aku ada terpandang satu kelibat dari atas bumbung, dan dengan pantas terus meluru ke dalam rumah. Bila keluar dari kereta,kelibat tadi keluar semula.

Melangkah je masuk dalam rumah kayu 3 bilik tu, aku dah rasa bahang semacam... Walaupun keadaan cuaca petang tu, baru lepas hujan.. Ustaz mengarahkan tuan rumah tunggu di luar, dan kami bertiga berpecah utk 'mencari' dan 'mengesan' apa yang membuatkan rumah ni 'panas'..

Ustaz dan pembantu memulakan bacaan ringkas ke ruang tamu dahulu, kemudian ke bilik2. Tanpa belengah, aku terus pergi ke bahagian dapur. Dapur rumah ni, letaknya ke bawah sedikit. Perlu turun melalui 3 anak tangga. Aku buka suis lampu, supaya terang (takut gelap sebenarnya..hihihi).

Tiba2 jer, aku terdengar bunyi air dalam bilik air berkocak. Bunyi seperti ikan melompat masuk dalam air. Perlahan2 aku dekati bilik air tersebut. Aku lihat ada sebuah kolah tadahan air di sudut belah dalam. Aku mengintai ke dalam kolah tu, selepas beberapa bacaan sebelum masuk tadi, dan yang peliknya, memang tak ada air dalam tu. Tapi.. bunyi air berkocak. Ermmm... tak de apa kot?

Aku melangkah keluar, dan cuba tutup pintu bilik air tu. Aku terpandang ada sepasang tangan bersisik hitam pegang pintu, cuba menghalang aku dari menutup pintu tu. Aku tolak semula pintu tu sekuat hati, secara refleks. Dan secara kabur, aku ternampak 'benda' tu melompat masuk ke dalam kolah.

Ok. Aku dah tahu yang mungkin benda tu yang selama ni mengacau penghuni rumah. Aku inform pada ustaz, dan ustaz dah confirm kan yang memang betul 'benda' tu saja yang ada di situ.

Aku dan pembantu ustaz tadi, mengikut ustaz membaca beberapa Ayat dan Surah2 berkaitan, untuk sama2 'membersihkan' rumah tu. Air Garam beserta air Limau Purut juga kami guna untuk 'memagar' sekeliling rumah. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.


** Aku nak ingatkan pada korang yang baca ni, makhluk atau 'benda' yang kita tak nampak tu, kalau yang jenis2 nakal, duduk bersama kita di dalam rumah, selalunya sampai masa 'mereka' tak nak berkongsi dengan kita. 'Mereka' akan buat macam2 helah, menggoda, mengganggu kita untuk halau kita dari rumah. Kelakarkan? Suka2 diorg jer nak halau kita dari rumah kita sendiri.

So... jangan bagi muka sangat... dapat rasa benda2 tu start mengacau, panggil jer orang2 pandai untuk halau diorg tu.

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now