Semalam, aku ke rumah sepupu. Dia ada bela seekor kucing hutan, yang besarnya 2 kali ganda dari kucing biase. Muka garang. Takut aku nak pegang. Tak dapat bayangkan kalau kucing ni gigit jari aku... sia2 jer putus..
Tengok pada kucing tu, aku teringat satu kisah..
Malam Merdeka tahun berapa tah. Time tu, aku ngan family berkumpul kat Dataran. Kononnya nak ber-count-down. Tiba2 ustaz contact aku. Kalau ikutkan hati, memang aku malas nak angkat... (haha.. sorry ustaz).
" Assalamualaikum. Kau datang sekejap kat Asrama xxxxxx. Aku, Ali ngan Fairuz ada kat sini. Nak mintak tolong kau cari satu benda jap. Tak cukup tangan la.."
" Waalaikumussalam.. Alrite ustaz.... no problem "
Tanpa berlengah, aku terus gerak ke salah sebuah asrama pelajar perempuan di JB ni, sambil memujuk hati yang gundah tak dapat nak ber-countdown malam tu.. huhuhu
Sampai saja di situ, aku disambut oleh Fairuz kat pintu pagar depan, bersama2 pak guard. Dari jauh aku dah terdengar suara budak perempuan terjerit2. Uh? Histeria ler ni..
First thing, aku nak citer sikit.. sepanjang aku dan Fairuz berjalan menuju ke arah blok bilik budak perempuan jerit2 tu, di coridor ni, 2-3 kali aku rasa ada yang main lintas2 belakang aku... aku sengaja tak nak cerita pada Fairuz, pasal aku tau dia ni pun jenis penakut macam aku... so, aku abaikan je.
Sampai saja di bilik, aku lihat 3-4 orang warden perempuan sedang memegang budak perempuan yang jerit2 tadi. ustaz pula sedang memegang ibu jari kaki yang dirasuk, sambil menyoal
banyak kali 'benda' yang merasuk tu. Ali pulak cuba memagar bilik.Aku cuba perhati sekeliling, memang jelas aku nampak ada sesuatu kat atas salah satu locker budak2 ni. Juga di bawah katil di hujung sana. Ada juga sedang bergayut di pokok, dekat luar
tingkap.Aku konpius jap... aku bagitau ustaz apa yang aku nampak... tapi.. Ustaz cakap...
" Aku tau! memang benda2 ni banyak. Kau tolong cari penghulu(ketua)dier! Pasal benda ni tak nak cakap kat mana penghulu dier. Kau cari.. lepas jumpa... kau bagitau aku ! "
" Baik ustaz ! "
GLUPP!! ALAMAK...
Aku bingkas bangun. Dengan sedikit bacaan dan pagar yang ustaz ajar, aku mula mengesan di sekeliling block. Aku juga diberitahu Fairuz tadi, budak2 perempuan lain yang telah dipulihkan telah diasingkan ke block lain. Cuma tinggal block ni jer masih bermasalah.
Sedang mencari2 tu, secara tak sengaja, aku terpandang ada seekor kucing, seakan kucing hutan besar, melilau2 dan terhidu2 di belakang salah satu tandas di situ. Aku perhatikan jer kucing tu.
Tah macam mana, kucing tu toleh pada aku. Dia terkejut dan melompat ke arah semak belakang block tu. Aku cuba mengejar kucing tu, tapi ia terus hilang.
Aku berpatah balik dan cuba mendapatkan Ustaz. Tapi separuh jalan, tiba2 kucing tu betul2 kat depan aku. Memang jelas, dengan mata merah dia tu, kucing tu pandang aku dengan marah. Aku tau itu bukan kucing hutan biasa, tapi 'benda' tu. Time tu, Allah jer tau aku punya takut masa tu.
Aku mula baca 4-Qul, 1000 Dinar, dan Ayatul Kursi secepat yang boleh, sambil genggam tangan. Aku hembus pada tangan aku, dan hayunkan seperti tumbukan pada kucing tu. Masa tu, kucing tu
melompat pasal terkejut (kot?). Lepas tu sekali lagi, terus hilang. Uik? Pelik gak.Tanpa berlengah aku pergi mendapatkan Ustaz, nak bagitau yang aku tak jumpa penghulu tu.
Sampai ke bilik, Ustaz tersenyum pandang aku. Dia kata semua dah settle. 'Benda2 tu semua dah blah, pasal 'Boss' diorang dah blah. Menurut ustaz, aku yang halau tadi... Uh??? Kucing tadi Penghulu diorang??
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...