Ada satu lagi benda yang aku lupa nak cerita. Benda2 ni memang la siang malam dia ada... tp dia lebih aggressive waktu malam.
Yang aku tahu.. yang aku paham.. macam tv makhluk2 seperti cik ponti(anak)... encik jemba(lang).. puan langsu(ir)... memang wujud sebenarnya.
Aku percaya makhluk2 ni adalah sejenis jin. Bukan hantu. Istilah hantu memang aku tak nak guna pakai.. pasal diorg ni semua sama jenis. Gred je lain2. Gred yang aku maksudkan.. ada gred islam.. ada gred kafir.. ada gred jahat(sejahat2 jin)... ada gred alim(se alim2 jin)... dan macam2 lagi...
So.. aku nak cerita. Yang aku ada terjumpa gred yang alim. Gred ni memang tak ganggu manusia. Dia duduk diam kat celah2.. time masuk waktu dia solat (yang pastinye aku pun tak pasti dan tak pernah nampak lagi mereka solat macam mana..)..
Masa tu time pegi kenduri kawin akak sedara aku (bukan yg budget2 kena histeria tu..).. aku pegi surau terdekat dengan abang aku. Time tu kitaorg je yg ada kat situ.
Lepas tumpang solat.. masa jalan nak turun tangga tu.. aku terpandang 'seorang' pak lebai sedang siap2 nak solat. Badan besar macam orang arab. Aku senyum dan beri salam kat dia.. dia macam terkejut.. bukan dia jer.. abang aku kat sebelah pun terkejut.. abang aku siap tanya ..
"Ko beri salam dengan siapa tadi? Ko jangan macam2.. tempat orang ni.. "
Kesimpulan yang boleh aku buat - Jangan ingat semua Jin jahat.
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...