26. nak sangat kn?

6.7K 647 66
                                    

" hek eleh. Kalau citer2 antu macam ni... tak takut la "
" eksyen eh " - kata aku
" bukan nampak betul2 "

Ni perbualan aku dengan anak2 sedara, malam raya tahun biler tah.. umur diorang lingkungan 10-14 tahun...

Aku tanya diorang, nak sangat nampak hantu ker? Diorang ketawa2 kan aku.. cakap yang diorang tak takut... ok.. tak takut eh...

Aku suruh sedia kn..1 mangkuk pocelin, sedikit air, sebatang lilin, lighter dan cermin.

Aku ajak diorang masuk bilik aku ramai2, tutup pintu.. tutup lampu..

Aku suruh duduk bersila dalam bulatan kecil. Aku nyalakan lilin... letak kat tengah2.

Hanya cahaya lilin jer kat bilik aku masa ni. Aku ambil mangkuk yang berisi air tu... pegang sambil letak atas lilin... dan aku mulakan 'pemujaan'...

" hai mambang segala mambang....mambang asal dari api... kau tunjukkan wajahmu... kami mahu tengok "

Aku ulang 3-4 kali, sambil mangkuk tu aku apung2 atas lilin tadi... masa ni muka diorang memang nampak pucat... hai... cakap nak sangat nampak 'hantu'..

Lepas tu.. aku arah kan diorang tadah tangan.. aku letak atas telapak tangan diorang, kemudian aku suruh pass2 kn mangkuk tu buat satu pusingan..

Lepas satu pusingan, aku suruh semua sapu muka guna tangan.. aku suruh sebut "kun-faya-kun" banyak kali... time ni ada yang nangis ketakutan..

Aku bangun.. tunjukkan cermin depan diorang.. aku cakap.. akan nampak 'hantu' dalam ni...

Dengan tangan hitam kena asap lilin... sapu kat muka... so.. rasa nya korang tau kan 'siapa' yang diorang nampak dalam cermin tu?

Ok.. yang ni boleh ikut. Hehehe.

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now