Aku ada beberapa pengalaman yang tak beberapa menarik dan membosankan utk di citer, pasal banglo ofis ni :
1) Tingkat 3
Mula2 sebelum pindah, pertama kali kami semua jejak kaki ke sini, kami masing2 berebut bilik untuk dijadikan departmen masing2. Kat sini ada 7 bilik, campur 2 ruang tamu dan 1 ruang makan. Semua kami jadikan department. Oleh kerana aku bersama 2nd Boss, So, bilik kami memang ditetapkan sebelah hujung dapur. Ok ler. Tersorok sikit kot.
Lepas tu, kitaorang naik ke tingkat 2. Ada 2 bilik kat situ. Dan ada lagi satu tingkat atas sekali, yang berupa seakan beranda kecil. Bilik ni asalnya kitorang mahu jadikan surau. Tapi oleh kerana ia atas sekali, dan kena naik satu 'tangga pusing' kecil untuk ke situ, kami batalkan. Pasal ramai yang takut 'pancit' bila nak 'mendaki' tangga tu. Sekarang ni, dijadikan stor letak document2 lama je.
Mula2 aku naik kat tingkat 2 tu, aku memang nampak, tapi kurang jelas. Ada satu lembaga berbadan besar sedang perhatikan kami, dari tingkat 3. Tingkat 3 masa tu belum pasang lampu, so memang gelap sikit.
Lembaga tu cuma berdiri tegak di tepi pemegang besi. Aku agak, 'dia' memang dah lama duk situ. Datang kitaorang, terus nak ambil alih port 'dia'. Mana tak marah, ye tak? Member2 aku ni, ajak naik sekali tingkat 3 tu, untuk tengok apa ada kat atas. Aku beri diorang macam2 alasan, kata tak nak. Bukan takut, cuma... tak berapa nak berani jer... huhu
2) Kolong Bawah Tangga
Masuk hari ke-2 lepas pindah kat sini, aku kena stayback ganti member yang bercuti. Bukan aku sorang jer time tu. Ada gak yang saja stayback pasal tak habis2 mengemas bilik masing2.
Sebelum tu, tandas kat sini ada 4. Bawah ada 3, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan, satu di bilik boss. Tandas tingkat atas pulak, tandas untuk perokok2 tegar. Tempat mereka2 yang tak boleh nak lekang dengan rokok, walaupun tengah "ehemmm". Tak paham aku. Boleh pulak buat 2 kerja dalam satu masa. Sebenarnya, ikut pengalaman aku, jin2 ni suka makan wap dan asap. Bayangkanlah, jika diorang merokok, sambil 'membuang'... tapi tak baca pulak doa masuk tandas... Ada jenis2 jin yang selekeh ni main2 diorang punya 'buangan', sambil dapat bonus makan asap free kat situ... PERGH.. tak dapat bayangkan... Nasib baik aku tak merokok.
Time dalam kul 9 lebih kot. Perut buat hal. Nak pergi ke tandas tingkat bawah ni, ada orang sedang guna... nak tak nak.. terpaksa naik tingkat 2.
On the way nak naik tangga, aku terpandang 'seseorang' sedang terbongkok2 bawah tangga. Bawah tangga untuk naik ke tingkat atas ofis kitaorang ni, berupa 'kolong', atau ruangan kosong untuk letak barang2 cleaner. Bila time malam ni, cuma satu lampu jer yang bukak di sebelah atas. So.. belah bawah ni cuma samar2 cahaya dari ofis tingkat bawah.
Memang kelibat tu macam seseorang sedang mencari sesuatu. Dan aku pikir salah sorang kawan2 aku sedang sibuk lagi mengemas. Sambil naik atas tu, aku tegur, "weii.. Berani ko duk sorang2 kat situ. Tak takut ker? hahaha"
Sampai separuh daki tangga, aku jenguk bawah. Boleh pulak 'benda' tu pandang ke arah aku. 'Dia' pakai Hood kelabu gelap (kot?) buruk dan labuh. Cuma jelas nampak seakan paruh burung terkeluar sikit dari hood tu, mata dan lain2 kabur dan gelap. Tangan dia pulak memegang sesuatu, seperti akar2 pokok yang dah buruk, sambil terkais2 bawah tangga tu.
Masa tu, aku dok pikir. Dia dah tahu aku boleh nampak dia, jangan la dia kejar aku. Atau kalau tiba2 dia lak tanya aku " Kamu tu tak takut ker?"
Apa lagi... aku panjat tangga tu, dan melangkah 4-5 anak tangga sekali gus. Korang bayangkan betapa penakutnya aku masa tu...
Sampai atas, aku tak jadi masuk tandas, sebaliknya, aku duduk depan meja kawan2 aku yang dua orang kat tingkat atas ni. Dioarang tak syak aper2. Dan aku takkan nak citer bodow ni pada diorg? Sah2 nanti aku yang diorg ketawa kan... huhuh
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
Siêu nhiênPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...