45. Geng Sejenis

5.5K 445 13
                                    

Bulan Ramadhan yang lepas, ada sorang mamat ni WM aku. Dalam message tu, dia ajak aku join grup paranormal dia. Mula2 aku ingatkan grup tu khas untuk kongsi idea dan experience je... Rupa2nya ajak aku buat trip ke tmpt2 pelik, mistik dan angkor. Menurut dia lagi, dalam grup tu ada yang 'jenis' macam aku.

Alamak. Tak per la. Sekian terima kasih. 

1) First thing, minta maaf bebanyak..  aku memang tak berminat dengan grup2 aktiviti macam ni. Personally, kelebihan yang kau ada tu, patut nyer diguna untuk bantu orang lain. Atau untuk jadikan diri sendiri lebih dekat dengan Yang Atas tu. Diam2 sudah. Bukan untuk ditunjuk2. Banyak lagi cara yang boleh kita manfaatkan....

2) Faktor masa. Masa aku memang fix sesangat. Kena bahagi2 kn antara Kerja.. family... kadang2 tu, ada member2 lama ajak ngeteh pun aku susah nak join.

3) 'Keupayaan' yang aku ada sekarang ni, tak macam dulu2. Masih boleh nampak, tapi tak sejelas sebelum ni. Kena tumpu betul2, niat, sedikit bacaan... baru boleh jadi.

4) Soalan tak terjawab. Aku tanya .. apa tujuan utama wat grup paranormal ni? Errmmm.. masih tak ada jawapan. Takkan suka2 kot?

So, pada sahabat yang WM tu... sorry sesangat yer....?

Cakap pasal grup/geng ni. Sebenarnya aku pun memang ada 'geng'2 sendiri. Yang 'sama' lebih kurang macam aku. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Kitaorang rajin bertukar pendapat, berkongsi citer, dan experience jer..

Ada 4 orang yang aku akan kenalkan... secara ringkas je.

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now