37. hospital part 2

6K 548 9
                                    

Aku pernah dimasukkan ke wad kerana suspek Tibi. Wad tibi ni terletak jauh di atas bukit penghujung hospital. Setiap bilik kat wad ni ada 4 katil. Dah macam 1st class dah. Pasal pesakit kat sini di jaga rapi.

Ada satu pakcik ni, diletakkan satu bilik ngan aku. Katil dia di tepi tingkap. Aku pulak memang kat tepi pintu masuk. Senang sikit kalau nak gi toilet. Kebetulan masa tu, jiran2 lain aku ni baru je discharge.

Pakcik tadi dijaga anak perempuan dia setiap hari. Tapi siang je. Malam anak dia tak de. Yang tak syok nyer, pakcik ni... tiap2 malam aku dengar dia cakap sorang2. Aku cuba 'perhati', tapi memang tak de apa2 yang pelik.

Antara kata2 pakcik tu..
" aku tau.. kau balik dulu"
" nanti aku balik"
" jangan degil... kau balik dulu "

Mulanya aku pikir dia guna handphone. Tapi bila aku perhati betul2, dia hanya terbaring, mata pejam, mulut asyik membebel benda yang sama.

Satu hari, pakcik tu dibawa nurse pergi x-ray. Anak perempuan dia baru sampai. Dia tanya aku, aku cakap bapak dia kat bilik x-ray..

Lepas tu aku saja tanya kat anak dia.. pakcik tu selalu ker ngigau malam2? Dia macam tak senang duduk bila aku tanya macam tu.. dalam keadaan serba salah, dia ngaku juga.. yang bapak dia tu sebenarnya membela. Terkejut beruk aku time tu.

Anak perempuan dia cakap, aku tak perlu risau, pasal benda tu tak usik orang. Tujuan asal benda tu nak bagi ayah dia kuat jer... 'kuat' ?? Macam lembik jer aku tengok...

Malam tu, aku cuak gak biler pakcik tu start bercakap sorang2 lagi. Aku 'mencari' lagi. Oh ye. Baru aku teringat yang aku belum tengok 'Bawah katil' pakcik tu. Aduyai. Takut pulak nak menjenguk. Kang benda tu menyengih kang... keras aku...

Last2, aku tak tengok pun. Biar ler dia. Tapi aku confirm benda tu memang ada kat bawah katil. Pasal sekali sekala aku tengok tangan pakcik tu menggapai2 kat situ.

So.. pada aku.. wat apa nak 'membela' ni? Buat nyusah je. Tak kira la apa saja tujuan. Ada yang nak jadi kuat, ada nak jadi cantik, buat laris berniaga, dan macam2 lagi. Minta bantuan pada yang tak sepatutnya. Sampai masa kalau ajal nak datang, lagi seksa.. nak cari pengganti bagai.

Haishh... mintak dijauhkan lah anak cucu kita ngan benda2 ni semua. Aamiin.

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now