Aku sambung ye...
2) Jenis Jin yang senang ikut kata
Dalam banyak2 kes rasukan, sihir dan buatan orang, yang aku ikut ustaz selama ni, ada 2 kes yang kami terima yang mudah sesangat.
Kes pertama, berlaku masa antara awal2 aku ikut ustaz dulu.
Pesakit tu seorang nenek tua. Benda ni memang jarang2 berlaku. Dalam tengah kena rasuk tu, Orang yang kena rasuk boleh bercakap dengan jin tu sendiri. Suara dia berubah2. Sekejap suara nenek tu, sekejap suara kasar macam lelaki tua.
Mulanya ustaz hanya nak pegang ibu jari kaki nenek tu. Tapi belum sempat nak pegang, tiba2 nenek tu seakan2 menari seperti tarian mak yong (kot?)... Dan lepas tu, suara 'perbualan' antara nenek dengan jin tu pun bermula... Dalam bahasa jawa. Tah apa yang dia bualkan. Aku tak paham.
Ustaz terpaksa menyampuk, bila nenek tu mula kena marah ngan jin tu dan menangis teresak2. Jin tu berkata yang dia memang dah berpuluh tahun ada pada nenek tu. Ustaz minta dia keluar. Kemudian dia setuju. Siap berkirim salam pada nenek tu, sambil kata dia sayang kat nenek tu... Memang romantik kan jin tu? huhuhu
Ustaz cuma beri Air Penenang untuk nenek tu, dan aku pun tak sempat nak 'cari' jin tu ke mana. Benda tu semua berlaku dengan cepat sangat.
Kes kedua, berlaku pada salah seorang pembantu perubatan ustaz jugak.
Namanya Ali (bukan nama betul). Dia ni muda remaja lagi. Umur dalam 20an. Hensem pun hensem. Tapi cuma satu jer yang aku sendiri tak berapa nak berkenan. Dia ni panas baran, dan sedikit kwang ajaq.
Aku pernah jugak kena herdik dengan dia pasal tak berapa dengar masa mula2 belajar secara praktikal di kelas rawatan. Aku ni, biasalah.. Bersopan santun lagi berbudi pekerti tinggi, setinggi 'bakul yang aku angkat sendiri'... Mana suka bertekak2 ni. Biar ler dia.
So berbalik pada citer tadi, si Ali ni ada terkena gangguan. Kaki dia bengkak sebelah. Tak ingat sebelah mana. Bila ustaz scan/periksa, ustaz cakap yang dia terpijak sesuatu, milik seekor jin.
Bila kami 'soal siasat', kami dapat agak yang si Ali ni terkena masa dia join ekspedisi panjat gunung 3 minggu lepas. Daki Gunung Lambak. Mungkin ler...
Mulanya aku tak pasti, pasal aku tak dapat lihat benda2 tu. Bila selesai scan tu, kami bertiga pergi ke kedai makan mamak berhampiran, untuk mengeteh. Itu memang rutin ustaz, kalau dia free, jumpa kawan2 atau anak2 murid dia, dia akan ajak ngeteh.
Sedang syok berbual2 tu, aku terpandang sesuatu bawah meja. Aku ingatkan kucing. 2 kali benda tu keluar masuk bawah meja. Aku tengok betul2, ianya memang jin yang berbentuk kucing oren, berbadan panjang, bulu bercahaya sikit. Benda tu kadang2 melilit2 pada kaki si Ali. Sekali-sekala menggigit2 kaki Ali yang sakit tu.
Aku berbisik pada ustaz dan Ali, lepas tu aku nampak ustaz pejam mata, sambil baca sesuatu. Kemudian aku dengar ustaz cakap perlahan2, berkali2, mungkin pada 'benda' tu.
"Baliklah. Jangan kacau dia. Dia tak sengaja. Dia minta maaf..."
Tak sampai 5 minit, Ali cakap kat kitaorang, kaki dia tiba2 rasa sejuk dan kebas. Dia pegang2, dan cakap kat kitaorang macam dah kurang sakit. Aku jenguk bawah meja, benda tu dah tak de. Ustaz lak cakap, benda tu 'mungkin' dah maafkan Ali. Kita lihat 2-3 hari ni, macammana..
Memang betul pun. 2 hari lepas tu, kaki si Ali dah pulih. Tak bengkak lagi.
So.. pada aku, 'benda2' ni, kalau ada yang betul2 baik, dia akan ikut kata kita. Lagi kalau kita berjaya pujuk dan cakap baik2, lagi senang kerja orang2 macam kitaorang ni. Tapi, kalau yang degil dan ganas seperti cerita aku sebelum ni, memang 'dia' cari pasal. Pernah jugak ustaz 'terpaksa' menghapuskan 'mereka' jika mereka mencabar kesabaran kita sebagai manusia yang sepatutnya menjadi Khalifah di muka bumi ni.
Insya Allah... Episod akan datang ni, aku akan cerita, makhluk yang paling jahat yang pernah aku dan ustaz jumpa, yang membuatkan nyawa kami nyaris2 melayang. Serious!
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...