Pernah tak mengadap komputer atau handphone hingga lewat malam ?
Dulu, masa zaman 'kegemilangan' aku main game2 pc, memang boleh tak ingat dunia. Sampai ke subuh pun mata ni boleh tahan. Biasanya, lampu bilik aku off, dalam gelap tu cuma ada cahaya komputer tu aje.
Ada satu kali tu, sedang asyik melayan, aku perasan ada kelibat kat tepi aku. Pasal aku dah biasa ngan benda2 ni, aku wat bodow je.
Tapi semakin lama, aku rasa tak sedap hati. Ada yang nk kacau kosentrasi aku nih!
Aku tutup monitor komputer tu...
Dalam samar-samar cahaya lampu luar tu, aku nampak ada sekor sedang pegang monitor aku, dari arah belakang monitor tu, sambil tenung muka aku. Dekat jugak la jarak dia ngan aku.. Aku jadi takut, pasal bunyi nafas dia kuat... Kuang ajor nyer makhluk.So.. sekarang ni, sedang aku mengadap phone ni dalam gelap, aku terpikir... agak2 siapa ada kat belakang phone ni eh? Yang mungkin sedang perhatikan aku dari jarak dekat? Atau yang sedang perhatikan korang sekarang ni ? Cer try tengok apa ada kat belakang handphone tu... huhuhu
Moral yang aku dapat - Ngadap PC atau handphone dalam gelap, boleh rosak mata beb. Tu jer moral die.. hehe..
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
FantastiquePengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...