81. Ilmu Pengasih - Last part

6.6K 369 49
                                    

Ada dua lagi contoh ilmu pengasih yang aku nak korang semua mesti tau.

PERTAMA: ilmu "Penyeri Muka"

Secara ringkas, ilmu penyeri muka ni, merupakan satu ilmu dimana ia menggunakan sesuatu bahan atau jampi untuk menampakkan muka kita berseri. Kadang2 ilmu ni hanya ditujukan kepadaseorang atau lebih target yang dia suka.

Contoh, seseorang tu suka pada Si Polan ni, lalu dia berniat di dalam hati, yang Si Polan tu menjadi suka dan kadang2 boleh datang bibit2 cinta kepada si pemakai. Hanya dengan gunakan sesuatu seperti minyak atar, minyak kayu cendana, celak mekah/madinah dan sebagainya.

Soalan yang ramai yang tanya pada ustaz atau kitaorang, "Selalu atau pernah pakai minyak pengasih pada muka, adakah minyak tu ada pendampingatau jin yang mengikut?"

Jawapannya - ADA...

Setiap sesuatu yang diguna sebagai perantara antara perasaan vs perasaan, hati vs hati, dan sebagainya... mesti ada "sesuatu" yang mendamping. Yang membisik, memujuk, mempengaruh supaya si target tumenjadi suka dan cinta pada si pemakai.

Aku sendiri tak pernah pun nampak si "pendamping" tu, tapi aura muka si pemakai tu bagi mata macam aku ni, memang boleh nampak. Seri dia semacam. Dia punya cahaya boleh nampak ikut celah2 kening, mata dan mulut.

Kadang2 kita niat baik, guna sebagai cara mudah untuk orang lain suka pada kita, tapi tak sedar pun benda tu sebenarnya salah. Kalau dah minta tolong secara tak langsung pada makhluk2 tu, tak salah haper....!? Betul tak? huhuhu

p/s - Petua orang2 tua dulu, guna kedua2 jari manis, sambil sapu pada kening, sambil selawat. Ni boleh guna untuk seri wajah. Bukan pengasih.


LAST SEKALI : Ilmu "lada hitam"

Bagi budak2 lelaki, kalau yang tau pasal ilmu pengasih ni, mesti dah start tersenyum lebar dah ni... AMBOI... suka ekk korang....

Masa muda-muda dulu, ada antara geng aku suka gunakan ilmu ni. Diorg guna Lada hitam yang dicuri dari kedai(selalunya). Kalau kedai orang india or cina lagi bagus.

Bila dah dapat lada hitam tu, dengan bacaan tertentu, si lelaki tu gentel lada hitam tu, tumpukan perhatian kepada si target.. Mangsa akan naik nafsunya. Korang yang lelaki2 yang baca citer ni, tersenyum lebar la tu. Macam syokkan??

Tak per.. bagi yang perempuan2 yang baca ni jangan risau. Ilmu sihir jahat ni ada kelemahan. Ada cara untuk patahkan ilmu ini. Si penyihir boleh jadi mati pucuk sehingga akhir hayat, jika perempuan itu mematahkan sesuatu objek yang lebut or keras seperti contoh pensil atau apa saja yang tegak.. secara batinnya iainya mematahkan kekuatan kemaluan lelaki (penyihir tu) dan penyihir itu akan mati pucuk.

Hah... bagi lelaki, boleh tersenyum lagi ker? Seumur hidup 'tak boleh pakai', Bang oii... nak ker??

Lagi satu, ada kesan lain. Ada kes tangan si pengguna ilmu ini jadi berkudis yang sukar untuk sembuh. Tu semua yang terpaksa ditanggung oleh Si pemakai...

TAMBAHAN :

Lupa lak nak bagi tips...  Macam mana lak nak tau kiter terkena sihir2 pengasih ni?

Ada banyak tanda. Contoh - Orang yang dari dulu kita tidak suka, tiba-tiba jadi suka sangat dan rasa nak kahwin dengan orang tu. Sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari. Selalunya melalui mimpi tu senang kita nak kesan. Masa ustaz nak mengubat dulu pun, kalau ada tanda2 tu, confirm ler dah terkena.

Macam mana lak nak ubat?  

Tengok pada jenis. Kalau yang tak kuat tu, solat hajat ngan baca yassin tiap2 hari pun boleh baik.. kalau yang susah dan ketegori "ganas" tu, jumpa jer orang2 yang pandai berubat ni, atau Pak2 Imam...  Insya Allah OK..

Ok.. done cerita2 bab Pengasih ni.

Kesimpulan yang aku boleh buat...

TAK PAYAH ler kalau ada niat nak guna ilmu2 pengasih macam tu...

Satu bukti jelas yang korang kena ingat, dalam agama, ilmu pengasih dan ilmu seri muka tiada didalam islam dan tidak pernah diajar oleh Rasullulah. Cer try google kalau tak percaya.

Ada yang sangka ilmu pengasih ni bagus. Mungkin kerana pada mereka ilmu ni satu cara mudah untuk mendapatkan orang atau target yang mereka suka atau cinta, tapi sebaliknya, ilmu ni sebenarnya satu jalan shortcut untuk beri jin/syaitan menjadi perantara. Ada ke, suruh jin2 yang jadi 'orang tengah'... Apa daa...

Ada satu hadis ni :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik."  - Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad.

Doa..doa..dan doa.... kalau korang betul2 sukakan seseorang..  Lepas doa - Usaha.

Kalau doa2 korang tu tak makbul, jangan lupa... "plan" Allah selalu cantik untuk kita. Tak perlu nak mengeluh... Tak de "short-cut" kalau nak harap seseorang tu suka kat kita... Tak payah guna Pengasih-pengasih bagai... Sampai masa ada jodoh, ada la....


Understand???

Aamiin....


p/s :   - bagi "anak2 Abah" yang nak amik SPM 13hb ni...  Selamat maju jaya tau. Do your BEST.  Caiyyok!


Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now