61. Benda RARE dari laut

4.9K 475 15
                                    

**** Ralat ****

Fuhh! Sebulan dah aku tak tulis apa2...  ke-busy-an yang melampau....

****

Baru2 ni, ada seorang pesakit datang bertemu Ustaz. Beliau terkena 'usikan' dengan sejenis jin yang pelik. Masa mula2 pesakit tiba di rumah ustaz, time tu kebetulan aku berada di sana untuk mengambil sesuatu dari ustaz.

Pesakit datang bersama isteri dan adik iparnya (lelaki). Kami lihat fizikal pesakit tu tidak pun tunjukkan yang dia sakit. Normal jer. Hingga mulanya aku fikir isteri nya yang bermasalah.

Aku dengar perbualan pesakit dengan ustaz, ciri2 masalah yang dia hadapi, dengan mimpi2 buruk yang selalu datang, memang sahlah dia didamping 'sesuatu'. Menurut ustaz, benda ni bukan dihantar oleh seseorang, tapi benda ni ikut pesakit dah bertahun lamanya.

Sedang pesakit tu berbual, tiba2 aku boleh pulak terpandang di luar pagar rumah ustaz, benda tu mundar-mandir berdekatan dengan kereta pesakit. Aku amati betul2, baru aku perasan yang benda tu ada 2 ekor.  2 beradik kembar. (Ye. Jin pun ada yang kembar macam manusia).

Kepala mereka ni seperti bujur telur, tapi berbentuk budak kecil gemuk. Apa saja yang benda2 tu buat, mereka buat 'serentak'.  Aku nak cuba dekati benda tu. Tapi, aku terpikir jugak macam mana nak bagitau ustaz perkara ni, tanpa pesakit yang datang tu rasa takut. Aku cuba ber-'dehem' dan perhatikan wajah ustaz. Alamak, dia masih lagi sibuk berbual.

Aku dapat idea...

"Err.. maaf mencelah sikit ye ustaz, boleh saya keluar sekejap? "

Ustaz macam kebingungan, namun tetap mengizinkan aku. Masa dia lihat wajah aku, aku leretkan mata aku ke arah luar pagar. Aku beri isyarat yang ada sesuatu kat luar tu. Ustaz faham. Dia memanjangkan leher, sambil memerhati kat luar.

Aku yakin ustaz nampak apa yang aku nampak. So, aku beranikan diri melangkah ke pintu pagar ustaz. Aku lihat benda2 tu dah tak ada. Aku cuba cari. Masih tiada. Aku pandang ustaz, ustaz menggelengkan kepala, memberi isyarat tanda memang benda tu dah lari dan tak perlu cari lagi.

Setelah ustaz menyediakan bahan2 berubat,  pesakit, isteri dan adik iparnya pun bergerak balik. Aku perhatikan juga, sebaik saja pesakit tu naik je kereta, kedua2 benda tadi tu tiba2 muncul, merangkak dan memaut atas bumbung kereta. Bengong! Masuk dalam keta kan senang....

Ustaz nampak juga benda2 tadi tu kembar. Menurut ustaz, benda2 tu jarang ditemui. Kiranya RARE ler. Kata ustaz lagi, benda2 yang mengikut pesakit ni asal dari laut, pasal bila pesakit mula2 datang, ada terbau air masin yang sangat kuat. Aku tak perasan lak perkara tu.

So.. 'ubat' yang ustaz sediakan tu, khas untuk 'menghalau' benda tu jauh2. Dan supaya benda tu tak 'menumpang' selamanya disamping pesakit. InsyaAllah.

p/s : Aku akan ceritakan kisah2 yang terjadi selepas ni (tapi tak banyak), ketika aku ikut ustaz merawat orang sakit. Aku bukan menjadi 100% perawat, tapi buat masa ni, biarlah sekadar belajar dahulu. Slow and steady kata orang putih.. huhuh

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now