Malam esoknya, hampir semua kawan2 aku ni bersetuju nak sewa bot, dan gi memancing ke tengah laut.
Terus terang aku cakap kat sini. Aku bukan jenis yang minat memancing. Pada aku memancing ni satu hobi yng buang masa dan tenaga. (Sorry..) ..
Tapi aku ikut jugak, pasal semua dah pegi, takkan aku nak stay sorang2 kat chalet tu? Bukan pasal kes Awan hitam smalam tu.... tapi sebelum kami masuk tidur semalam malam, beberapa kali pintu, tingkap chalet kitaorang kena ketuk. Diorang dengar kena ketuk je, tapi diorang tak dengar apa yang aku dengar.
Dengar apa ? Aku dengar suara orang beri salam banyak kali.... suara tu sayup dan meleret2 macam beri salam main2.. sekejap suara perempuan tua.. sekejap suara budak kecil.. Aku tanya diorang malam tu, ada dengar tak ? Diorang cakap memang tak der, selain bunyi ketukan pintu sekali-sekala.
So... setelah apa yang jadi malam smalam tu, korang ingat, aku nak ker stay chalet tu sorang2... huhuhuhu
Bot yang kitaorang naik tu, kecik jer... bot nelayan yang diberi sewa untuk pemancing2 tegar macam kawan2 aku tu...
Sepanjang atas bot, aku dok layan tido.. hahaha... jangan marah eh? memang dah tak minat mancing.. nak wat macam maner...?
Jam dah nak masuk kul 2... diorang ni masih tak nak balik lagi.. aduyai... bosan !
Aku baru jer nak lelapkan mata kali ke-14, tiba2 jer bot kitaorang ni rasa bergoyang kuat. Mana ada ombak kuat masa tu. Semua terkejut, kecuali pakcik bot yang bawak kami tu. Cool jer aku nampak. Lepas tu, jadi tenang semula. Diorang sambung mancing, aku sambung tido.
Kali kedua, bot kami bergoyang. Kali ni lebih kuat sedikit dari sebelum ni. Dengan air kat bawah tu berkocak kuat. Semua dah panik. Tapi Pakcik bot tadi berjaya kawal keadaan dengan cool nyer... dia kata kat kitaorang yang tu ombak biasa je...
Tapi kawan2 aku ni dah jadi panik, dan ada yang cakap bukan2, ada yang nak balik ke pantai... bila bot ni sekali lagi bergoyang2 bagai nak terbaik. Ada yang cakap jaws la.. buaya la.. Dey! Apa da?!!
Dalam kecoh2 tu, mata aku ni boleh pulak terpandang kat tepi bot sebelah belakang, ada sepasang tangan kurus dan pucat lesi, dengan kuku panjang-hitam, memaut bot kitaorang, dari luar. Tangan tu menggoyang2 dan menarik2 bot. Aku nampak tangan jer, selebihnya tak ada.
Aku tak tahu nak wat apa.... aku tawakal jer masa tu, aku ambil mineral water yang aku bawak tadi, baca kan ayatul kursi, 4-kul... Aku togak air masuk mulut, lepas tu sembur 3-4 Kali kat tangan tu... Terus hilang beb... berjaya gak 'semburan' aku.... huhu
Oleh kerana aku sorang jer nampak benda tadi tu, orang lain tak nampak, so, aku dimarah. Pasal masa aku sembur tadi tu, ada kawan aku yg kena tempias semburan aku.. Diorang marah pasal abis air2 liur aku kena muka diorang... haha
Tak dapek nak tolong.....
Lepas balik JB, baru aku dapat rumuskan, mungkin tangan yang aku nampak tadi tu, kepunyaan 'hantu air'.... itu yang diorang gelar. Pasal hidup kat air kot? Entahlah... makhluk jin ni ada jadikan dalam laut atau sungai.. atau tasik sebagai tempat tinggal diorang. Mungkin selagi tempat tu selesa dijadikan rumah diorang.. selagi tu la diorang tinggl situ...
Eerr.. lepas ni... Jangan lak tanya aku macammana diorang boley nafas dalam air.. tak de jawapan kat sini.. hehe
Wallahualam..
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...