18. Selalu beringat

7.7K 693 29
                                    

Ada beberapa perkara yang buat aku berubah dalam rutin harian. Selepas apa yang aku lalui ni, aku lebih banyak berhati2 dan selalu beringat.

Contoh, sebelum ni, kalau masuk toilet, aku main redah jer. Tak de nak baca2 doa...  tapi depan mata aku sendiri aku nampak, 'Si Pengotor' tu membelek mangkuk tandas yg baru jer aku guna. Tak padan dengan katik.  Hilang selera nak makan lepas tu.

Masa mandi pun sampai la ni, aku lebih suka ber-boxer. Atau time salin seluar, walaupun bersendirian,  aku tutup guna kain pelikat, tak main sarung jer.. Tu semua pasal malu. Ye, malu pada benda2 tu.. pasal memang tak selesa giler bila diperhatikan.

Contoh lain... masa makan. Korang jangan ler lupa baca doa makan.. atau Bismillah ker.. pasal benda2 tu suka join sama masa makan. Yang penting nyer.. korang mesti tak nak dengar, apa yang diorang wat kat makanan kita.

Cakap pasal makanan... Dulu, ada satu restoran yang boleh katakan sangat popular la kat JB ni. Terkenal dengan satu jenis nasi jer. Diorang buka dari pagi, hingga lewat petang. Pelanggan sentiasa ramai. Kalau hujung minggu, lagilah  crowded..


Nak dijadikan cerita, Kawan abah aku nak belanja kitaorang kat situ. Pada mulanya, aku excited pasal dengar cerita, makanan kat situ, sedap giler. Tapi excited aku tu terus terbantut, bila sampai2 kat luar restoran tu.

Kenapa ? Pasal aku nampak ada 2-3 makhluk yang bertenggek atas bahu customer, sambil usap2 kepala customer tu. Sekali-sekala benda tu tiup2 kat makanan. Lepas tu melompat lak ke bahu customer lain, wat benda yang sama... 

Aku cakap kat abah aku, yang aku tak nak makan kat situ, pasal ramai sangat. Abah aku dan kawan dia setuju, dan terus gi restoran lain. (p.s. anak manja, memang ler abah aku ikut cakap aku..huhhu )

So... ada 2 benda ni, 

Pertama... kita semua ada belajar kat sekolah dulu, doa sebelum makan, sebelum masuk tandas, sebelum tidur, sebelum itu..sebelum ini..  cuba praktik kan.. kita tak nampak diorang (benda2 tu)... dan kita tak tau apa yang diorang wat kat kita..

dan kedua...  bagi yang berniaga, jual makanan khas nya.. tolong ler.. jgn guna pelaris yang bukan2 mcm tu.. korang kena ingat.. semakin ramai customer yg kena, semakin banyak dosa korang kumpul. Dlm islam, ada banyak lagi cara pelaris yang boleh buat. Contoh terbaik, Ayat Seribu Dinar. Amalkan je la....

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now