Kakak ipar aku orang Benut, Pontian. Kalau musim durian, dia rajin ajak kitaorang satu family balik kampung, makan durian sepuas-puasnya.
Sejak dah keje ni, aku jarang ikut.. tapi ada satu kali tu, kebetulan public holiday, dapatlah aku ikut
On the way nak masuk kampung kakak ipar aku tu, kitaorang lalu satu kampung yang nampak cantik dan bersih jer .. orang2 kampung kat situ jalankan rutin2 harian seperti biasa. Ada keduri kahwin, ramai yang datang.. meriah aku nampak.
Dalam 1km laluan jalan tar ni, baru nampak pintu gerbang Kampung Parit K (nama rahsia ye).
Kitaorang disambut tuan rumah. Kitaorang memang mesra... Sambil memunggah beg2 tu, aku berbual ngan abang aku - suami kakak ipar aku tadi." bagus betul la kampung ni eh, Acik... tak macam dulu...."
" ye la. Dulu nak ke jalan besar tu tanah merah jer kn? Sekarang jalan dah tar. Senang sikit la"
" dulu nak nampak orang2 kampung ni punyer susah.. time2 ada kenduri kawen macam tadi.. nampak gak meriah.. kn? "
" kenduri kawen?? "
" tadi tu... " aku berhentikan kata2 aku, bila nampak wajah abang aku berubah. Dia buat muka pelik.
"Mana ada kenduri kawen.. mengarut la kau ni! "
" tadi tu.. kampung depan tu.. sebelum sampai pintu gerbang.. "
" kau tu dah lama tak ikut balik.. lupa la tu.. dari jalan besar... nak ke sini.. lepas gerbang baru ada kampung.. Parit K ni je la satu2 kampung kat sini. Apa daa... "Alamak. Bermakna yang aku nampak tadi.. bukan perkampungan manusia la yer? Ermmmm....
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...