84. Siti Saleha

4.6K 364 118
                                    

> Amaran ! Bukan Siti saleha yang jadi pesakit. <

Sebelum tu...

#catatansatu - Pernah tak korang mimpi dikejar hantu atau makhluk menakutkan? First thing, korang kena tau yang banyak orang cakap mimpi tu mainan tido. Tapi.. Mimpi ni ada pelbagai jenis... 1-mainan tido (pasal tak baca doa atau ayatul kursi sebelum tido)... 2-ramalan apa yang akan jadi (yang ni tak boleh percaya 100%)... dan... 3-petanda sesuatu...So.. selalunya, hantu/makhluk dalam mimpi (benda yg sama, berulang kali), tu tanda ada 'sesuatu' yang nak berdamping dengan korang.

#catatandua - Pasal mimpi jugak... adakah korang tau, jika selalu mimpi mengendong baby (baby yang sama setiap mimpi).. selalunya petanda yang korang ni telah 'dihantar' sesuatu yang tak baik? Dan selalunya 'hantaran' tu, setelah beberapa bulan/tahun baru korang akan sakit... itu salah satu petanda sakit dalam perubatan islam.

#catatantiga - Dan... tahukah korang? Kalau mimpi pegi toilet, dan guna toilet dalam mimpi.. itu sebenarnya adalah BAHAYA!! Korang kena cepat2 bangun! Pasal selalunya, tilam korang akan basah bila korang lambat bangun.. Hahahahah...

-------

Ok... Jom, mula citer...

Ada seorang pesakit, adik ipar ustaz punyer kawan baik, punyer sedara belah tunang dia, punyer kawan baik... NAH! Amik ko... kalau korang tak paham, buat2 paham dah ler..

Pesakit ni perempuan, umur dalam awal 20an. Rupa cantik, ada iras2 Siti Saleha... ini pandangan aku jer la... padahal kawan2 sepeguruan aku kata, macam Siti Sarah... ah! lantak la, Siti apa sekalipun... yang penting pada aku dia cantik.

Bukan pasal cantik yang aku nak citer, walaupun "quota" aku ada lagi 3... tapi..pasal penyakit yang dia alami.

Dia ni pelajar kolej xxxxx, base kolej tu kat Johor. Masalah yang buat parents dia hantar jumpa ustaz, pasal setiap kali time dia amik exam/test, mesti dia terlelap... sebelum exam tu dia cuba minum kopi, nescafe, kunyam bubble gum, dan macam2 lagi la.. tapi langsung tak berkesan..

Parents dia dapat syak ada something yang tak kena pada anak mereka yang sorang ni, pasal pada satu ketika, budak ni tiba2 je jerit, suruh tutup radio bila azan ke udara.

OK... nak pendekkan cerita, lepas dibawa jumpa ustaz first time tu, tak sampai masuk dalam kawasan rumah, tiba2 dia muntah2. Yang "malangnya", dia muntah depan aku! Betul2 kat tayar moto kesayangan aku. Hampeh betul!

Masa tu, aku pelik sikit la. Kat kotoran muntah dia tu, aku perhati ada campuran kaca dan benda tajam2 macam pin rambut. Aku tak pikir parents dia nampak benda tu. Pasal bila aku perhati betul2 benda2 tu tiba2 hilang.

Dan bila kat dalam, aku citer pada ustaz, apa yang aku nampak... dan ustaz sahkan yang itu bukan sejenis santau. Kalau santau, benda2 tu tadi 'real'. Bukan seperti apa yang aku nampak.

Ustaz mula 'scan' dan dapati ada benda lain yang berdamping dengan budak perempuan tu. Benda tu selalunya akan target organ dalaman mangsa. Dalam kes budak ni, perut dan hati dia kena dulu. Pasal tu apa saja yang dia makan akan keluar balik. Dan function hati yang asalnya membuang racun dalam badan kita ni, jadi tak betul. Jadi tunggang-langgang. Tu salah satu sebab kenapa dia cepat rasa mengantuk dan letih.

Ye? Korang tak percaya ker? Dah macam doktor kan? Hahaha..

Buat pengetahuan korang, salah sorang ahli keluarga ustaz adalah doktor ye. So, bukan setakat ilmu perubatan batin jer dia tau... ilmu perubatan moden pun dia tau sikit2. Pasal tu, kalau ada pesakit yang datang jumpa ustaz, first thing dia akan tanya 'symptom2' dulu. Kadang2, 'symptom2' tu penyakit biasa .. so... ustaz suggest jumpa doktor je.

OK... lepas tu....

Ustaz kata dia cuba nak ubat time tu juga.. tiba2 budak tu seakan2 menggelupur seperti ayam kena sembelih. Semua yang ada kat situ, termasuk parents, adik2 dia, dan aku sendiri, semua terperanjat. Ingat apa hal. Tiba2 jer...

Lepas menggelupur tu, tiba2 budak tu duduk bersimpuh-sopan, sambil tersenyum manis. Time ni aku cakap kat korang... time ni ler.... muka dia macam Siti Saleha... hahaha.. tak habis2...

Ustaz arahkan, cuma parents dia jer ada kat ruang tamu rumah ustaz tu. Yang lain2, ustaz arah duk luar. Mula2 diorg yang lain tak nak keluar... tapi ustaz marah. Ustaz cakap yang ini bukan nyer Magic Show.. boleh tonton ramai2. Kang kalau benda tu 'berjangkit' kat orang lain... lagi masalah besar.

Aku bawa yang lain2 tu keluar, duk kat ruang luar. Ada yang muka monyok, pasal tak dapat tengok proses perubatan kakak diorg. Ermmm...

Korang tau apa yang aku nampak masa tu?? Jawapannya...TAK ADA !

Hahaha... Sorry... memang tak nampak apa2 time tu.

Cuma selepas semua selesai, ustaz cakap ada jin kembar 2, berbulu perang panjang, lari terbang ikut tingkap belakang. Aduh. Rugi masa tu tak nampak. Baru nak ber-selfie .. huhu

Pengajaran yang aku dapat time tu, memang betul ustaz cakap. Kalau ada diantara korang yang pergi teman orang yang kena sampuk, atau sakit kena buatan orang, seeloknya, lebih2 lagi yang lemah semangat tu..korang jangan ler dekat2 sangat dengan pesakit. Untuk perempuan yang datang kotor/haid tu pun tak boleh dekat jugak. BAHAYA. Kecuali kalau ustaz/pakar arahkan suruh pegang atau perlukan bantuan kita.

Sekian.

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now