Satu soalan. Pernah tgok cermin malam2? Maksud aku tengah malam atas kul 12? dan pernah tak masa tengok cermin tu korang pandang muka korang lama2? Kalau belum, cer cuba.
Pasal tengok cermin malam2 ni... ada satu sepupu aku yang pernah join silat bathin ngan aku dulu.... dia cakap, kalau tengok cermin lama2.. tgh2 malam.. akan boleh terbukak hijab... ermmm..
Dia dah cuba banyak kali.. tapi masih belum dapat bukak lagi hijab...katanya... eh ye ker?
So.. satu malam.. sepupu aku ni tidur rumah. Dia sengaja nak buktikan kat aku yang dia betul.
Tepat kul 12, dia ajak aku tengok cermin. Kat bilik aku cermin cuma satu. Satu lagi tu aku pinjam cermin bilik air. Kitaorang tutup lampu.. bagi betul2 gelap.. lepas tu.. tenung cermin lama2.
Korang tau apa yang aku rasa time tu? Ngantuk beb! Terlentok2 aku dibuatnya. Marah jugak sepupu aku ni pasal aku tak kosenteret.
Aku tak tengok lagi dah cermin pada aku. Aku perhatikan sepupu aku tu.
Dan betullah syaitan ni saja nak nyesatkan manusia. Aku nampak kelibat.. main lintas2 depan sepupu aku tu. Muka ngadap gak cermin tu. Dah macam main cak-cak.
Ermmm.. patut la.. Kadang-kadang orang cakap.. boleh nampak semacam kat cermin tu.... sepupu aku cakap.. tenung lama2, muka dia nampak berubah2. Mungkin juga apa yang dia nampak tu... benda tu saja nak main2.
Moral yang aku nak share.. Jangan mulakan something yang kita was2 nak wat.. lebih2 lagi melibatkan akidah. Takut jauh benda2 tu bawak pemikiran korang kang.
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...