28. pokok pisang part 1

6.5K 553 15
                                    

Aku nak cerita sikit pasal pokok pisang. Korang tau tak yang pokok pisang adalah salah satu port kegemaran geng2 halus tu? Tak pasti kenapa, mungkin rimbunan daun2 tu jadikan diorang terlindung kot?

Aku terpikir nak cerita pasal pokok pisang, coz seriously, baru2 ni aku terserempak dengan 'kawan' lama aku tu. Elok jer dia diri kat situ.

Pokok pisang tu terletak tepi jalan masuk ofis aku ni. Keluar masuk ofis, mesti lalu jalan tu. Masa aku lalu, aku nampak ada orang gemuk diri rapat kat pokok tu, sambil pandang langit. Mula2 aku ingat uncle jiran ofis aku tu sedang ambil angin kat situ.

Dah ke depan sikit, aku pandang side mirror, baru prasan yang benda tu berkepala kecik, dan tak de kaki. Aku terkejut, dan hampir2 motor aku nak masuk parit. Memang jelas, macam dulu2.

Masuk ni dah banyak kali aku nampak makhluk2 kat pokok pisang macam ni.

Dulu, kali pertama, masa balik dari Mesyuarat Belia 4B. Masa tu terlewat balik pasal tolong jawatankuasa mengemas dewan. Jam dah kul 12.30 mlm. Aku balik jalan kaki, pasal jarak rumah dan dewan dekat je.

Aku ikut shortcut lalu satu lorong blakang rumah2 orang. Salah satu jiran aku ni, ada kebun blakang rumah. Banyak pokok buah termasuk pokok pisang.

Masa aku lalu tu, aku terkejut pasal ada bunyi cakar2 kat pokok pisang tu. Aku ingat biawak. Aku lajukan langkah. Bila lalu sebelah, terus aku buka langkah seribu. Aku terpandang satu makhluk bertanduk putih sedang cakar2 kat batang pokok. Macam kucing cakar nak tajamkan kuku. Dalam kepala aku masa tu, kalau dia cakar aku, macammana?

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now