42. Bas Awam

5.9K 540 33
                                    

Pernah satu kali, aku terpaksa naik bas awam dari tempat kerja untuk balik ke rumah. Malam2 ni, motor aku buat hal. Tak mau start pulak. Cis, durhaka punya motor! Aku tinggal jer motor tu kat komtar. Padan muka dia !

Aku yang dah lama tak naik bas ni, gagahkan jugak la, walaupun terpaksa. Bas sampai, aku pun naik. Masa ni, masih ada konduktor bas. Lepas bayar tiket, aku bergerak sedikit ke belakang. Aku tengok memang penuh bas tu. Kerusi semua penuh. Jadi, aku sorang jer la yang berdiri.

Sambil aku diri, aku pegang tiang tepi pintu keluar yang kat tengah2 ni. Aku perasan gak ada 2-3 orang yang duduk tu tengok2 aku. Apa? hensem sangat ke aku ni, kata hati aku. hehe.

Setelah jalan 5 minit, bas berhenti ambil penumpang. Aku nampak ada sorang mamat ni naik. Lepas tu, aku pandang keluar tingkap, maklum la, orang jakun naik bas.. huhu

Aku pandang depan semula, eh? mana mamat tadi? Errmm.. dia dah duduk dah. masa bila kosong kat depan tu?

Bas gerak lagi. Berhenti selepas bus stop kat depan tu ada penumpang nak naik. Aku perhati, ada 2 orang budak perempuan naik, jalan terus ke belakang melintasi aku. Aku beri laluan, aku teruskan pandang keluar tingkap. Sekali lagi, aku tak perasan kot kerusi belakang tu ada 2 kosong. Aiseh!

Konduktor tu diri sebelah aku, selepas beri tiket pada budak2 tu. "Turun mana ni? " Konduktor tu tanya. "BBU bang" aku jawab. " Jauh lagi ni, kenapa tak duduk? "

uh ?? dengar macam tu jer, aku terus pandang sekeliling, ceh! Memang ada beberapa tempat kosong. Aku dah kena tipu dengan mata aku sendiri. Yang aku tengok tadi, mungkin ada yang menumpang. Pasal aku jer yang nampak, tu yang penuh semacam jer.

Sejak tu, aku belajar bandingkan antara orang betul atau 'benda' tu. Kadang2 mata yang tak berhijab ni pun tak ley pakai gak. Boleh konpius pakcik.


Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now