Sambung sikit citer pasal "Cuti2 Malaysia" aku masa tu.
Selepas checkout pagi esoknya. Kami terus gerak menghala ke Pengkalan Kubor. Tujuan utama, kononnya nak survey beberapa barang kat sana. Wife aku tu sibuk nak tengok periuk-belanga kat sana, murah ke tidak... anak bujang aku lebih kepada nak cari jersey bola... dan aku sendiri, selain nak cari baju, aku nak borong coklat kat situ. Katanya murah... hehehe..
Dalam perjalanan, hujan boleh tahan lebat. Beberapa kawasan yang kitaorang lalu hampir dinaiki air. Pendek kata, main berkejar-kejaran dengan hujan lah time tu..
On the way ke sana, kami ada lalu satu Tokong Buddha, yang ada satu Patung Buddha besar, sedang duduk kat tengah2 tokong tu. Aku 'google', nama dia.. Wat Machimmaram (Big Sitting Buddha).
Tapi.... sebelum aku nak sambung citer ni, kalau ada reader yang beragama Buddha kat sini, aku nak mintak maaf dulu bebanyak. Aku bercerita mengikut pengalaman apa yang aku 'nampak'. Tak der niat nak menghina.
Sebelum lalu depan tokong tu, wife aku ada cakap yang ada satu racangan kat TV, diorang masuk dan melawat tokong tu. Bukan aku tak nak. Faktor cuaca yang tak mengizinkan kami. Tapi, bagi tak menghampakan dia, aku singgah berhenti jap kat depan tokong tu. Nak bagi wife aku ni tengok jap.. dari luar pagar jer.
Dalam cuaca hujan dan mendung tu, aku ternampak samar2, banyak giler 'benda' kat sekitar tokong tu... 'diorang' bermundar-mandir kat dalam tu. Kat pagar luar, ada beberapa makhluk berkepala anjing/serigala (tak pasti), tercegat seperti hulubalang menjaga istana dulu2.
Dan satu makhluk sebesar bangunan 2 tingkat, sedang duduk atas peha 'patung buddha besar' tu.. sedang mengira2 sesuatu.
Aku mulakan bacaan untuk memagar kereta aku. Aku baca juga beberapa ayat pelindung. Aku tahu yang makhluk2 tu bukan kacau orang pun. Tapi aku takut gak, kalau2 diorang tau, yang aku boleh nampak diorang.
Alhamdulillah, tiada apa2 yang berlaku selepas tu...
*** Pesanan aku kat sini... kita perlu menghormati agama lain, selagi mereka menghormati Islam. Walaupun aku dah citer kat sini pasal aku nampak benda2 tu kat tempat ibadat agama lain, (termasuklah beberapa tempat ibadat lain yang aku pernah nampak), tak semestinya kita perlu takut bila lalu depan tu. Yang penting, 'nawaitu' kita. Tetapkan iman dalam hati, Allah tu SATU.
..........................
Pada hari yang sama, selepas bershoping sakan dan misi menghabiskan duit kat Pengkalan Kubor, petang tu, kitaorang gerak terus, nak menuju ke Kuala Terengganu.
On the way tu, lalu pulak kat depan Pantai Seri Tujuh. Teringat lak citer2 yang lepas.. hehehe (Semak citer pasal Pantai Seri Tujuh sebelum ni.... huhuhu)
Owh.. Lagi satu...
Korang tau tak, yang makhluk2 tu pun suka 'main' banjir? Bunyinya macam kelakar kan? Masa aku pergi tu.. tak pulak nampak 'makhluk2' tu main air banjir.
Dulu ada la aku nampak benda2 tu melompat2 'kegirangan' (betul ker ayat aku ni? huhuh). Masa tu, aku ikut famili aku balik kampung di Kuala Terengganu. Cuti sekolah ujung tahun, memanglah kebiasaannya time hujan dan banjir.
Lalu kat satu kawasan kampung tu, tak pasti kampung apa... kereta abah aku terpaksa menempuh air naik. Lebih kurang separuh tayar jugak la .. Sedang bergerak perlahan tu, boleh pulak aku terpandang kat luar tingkap tu, 'makhluk2' .. besar..kecik..tinggi..lebar... seronok bermain2 air tu. Pada mulanya aku pikir budak2 kampung.. Tapi silap... memang 'benda2' tu.
Aku buat kesimpulan masa tu... air yang naik tu.. bukan air yang bersih sangat. Segala benda kotor naik sama.. benda2 ni semua suka pada perkara atau benda yang kotor. Tak mustahil diorang suka main air tu.
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...