2-3 bulan yang lepas, aku ada chat ngan sorang member FB. Sebelum ni dia banyak update status yang dia sering diganggu, masa lalu highway utara selatan, laluan antara Yong Peng - Pagoh. Dia ni selalu ulang-alik JB-Muar pasal urusan kerja.
Katanya, kalau sedang memandu sorang2, tgh2 malam, dia selalu perasan ada kain putih melintas. Pernah sekali ada segumpal besar rambut terbang melintasi kereta. Kadang2 tu dia cakap, kereta rasa macam tergelek sesuatu.
Aku cakap kat dia. benda2 tu selalu menjelma dengan pelbagai rupa. Selalu je nak tunjuk yang diorang kuat. Yang paling tak best, jenis2 yang memang sengaja nak wat kita kemalangan. Nauzubillah min zalik. Jadi, kita kena lah selalu beringat.
So, dalam FB messenger tu, dia mintak aku petua. Petua ?? Ermmm.. aku suggest kn dia baca doa naik kenderaan... Sebelum gerak, baca Al-Fatihah/Kursi/4 Kul/ dll.... Dalam perjalanan baca jer surah2 aper yang terlintas kat kepala. Alaa.. bukan lama pun kena baca... kalau laluan Yong Peng-Pagoh tu, dalam setengah jam jer kot...? Kalau penat atau malas baca, bukak jer mp3 atau CD ayat2 suci..
Dia cakap lepas tu, dia nak cuba praktik kan apa yang aku suggest.
Baru2 ni, dia message aku lagi. Dia citer ngan aku, yang dia ada cuba buat apa yang aku suruh, tapi sama jugak. Aku pikir... punyer pikir.. punyer pikir.... baru aku teringat tentang apa yang aku pernah kaji dan baca dulu.
Aku tanya dia balik, surah aper yang dia baca? Dia cakap dia baca apa yang dia tahu . Al-fatihah, Al-Ikhlas (Qul-huwallah) dan An-Nas (Qul- a'uudzu bi rabbin-nas) .. itu jer..
Ok... aku cakap kat dia, dia tak salah pun baca apa yang dia tahu. Tapi.. korang tahu tak yang ada sesetengah benda ni, mampu menghafal surah2 pendek tu? Kadang2 sebutan diorang lebih jelas dan terang dari kita. Kita ni selalunya, tajwid ke mana, sebutan ke mana.... main 'hembus'je.. ye kn?
So, aku suggest lagi kat dia, cuba bukak CD Yassin jer. Kuat2 sikit. Karang bukak slow, ngantuk pulak mata tu. hehe. Mungkin pada aku surah panjang2 ni, kalau benda tu nak ikut jugak, lama2 jadi 'panas' nanti.
Member aku ni nak cuba satu hari nanti. Dia cakap, susah2 sangat, dia nak berhenti kerja je. Uiks?? Aku cakap kat dia, kalau dia berhenti semata-mata takut ngan benda tu, bermakna kemenangan pada pihak benda2 tu la. Itu yang diorang suka! Betul tak ?
Aku cakap kat dia, cuba jer dulu. Apa2 bagitau aku.. Tapi aku yakin sangat2, InsyAllah, mesti OK...
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...