57. Ofis Baru @ Banglo Part 5 (last)

4.9K 451 18
                                    

7) Sesuatu belakang amoi?

Kat ofis aku ni, pompuan tak ramai. Ada 2 Chinese dan 3 melayu. Semua lain2 department. Ada 2 orang typist yang department diorang terletak di ruangan antara dapur dan ruang tamu. Sorang Amoi, dan sorang lagi 'skandal' aku.. oppss..

Ada satu kali, ketika aku sibuk dok berulang-alik dari pintu depan dan bilik aku yang kat belakang. Masa lalu tu, sekali imbas, aku ada perasan ada 'sesuatu' berdiri belakang amoi tu. Mulanya aku tak peduli sangat, pasal busy. Masuk kali kedua aku lalu, aku nampak lagi. Kali ni benda tu ada kat tepi sebelah kiri amoi tu. Ok tu ok lagi... Tapi masuk kali ke-3, boleh pulak ada sebelah 'skandal' yang aku citer tadi. Eh, dia ni. Main pindah2 pulak dia. Kau kacau 'skandal' aku, jaga ko !

Aku balik bilik aku, dengan sedikit bacaan, dan gosokkan kat mata, aku patah balik ke meja diorang. Kali ni secara jelas, benda tu ada kat belakang 'skandal' aku. Kebetulan, time tu 'skandal' aku tu tengah syok berbual dengan Amoi. Benda tu macam bentuk manusia kurus, berkepala ikan pari (kot?), tapi jari jemari dia panjang ke bawah jejak lantai. Itu yang aku nampak.

Dalam hati aku ada gak terpikir, macam mana nak halau benda tu? kang 'skandal' aku tu tiba2 'terperasan' yang aku tengok dia.. sedangkan aku tengok 'benda' yang diri kat belakang dia tu...

Tiba2 aku dapat idea. Aku standby ngan baca Ayatul Kursi dan 1000 dinar, aku hembus kat genggaman tangan kanan aku, aku pegi sebelah 'skandal' aku tu, konon2 nak tanya sesuatu. Muka dia berubah time tu. Ish! Apa dia ingat aku nak goda dia ker? huhuhu

Lepas tu, tangan kanan aku ni aku tepuk perlahan ke dinding belakang dia. Aku nampak sendiri benda tu terkejut dan terus hilang di balik dinding. Dan 'skandal' aku tadi, kelihatan pelik kenapa tiba2 aku tepuk dinding. "Tepuk nyamuk" alasan aku.

Lepas beberapa hari, benda tu kerap juga datang duk sebelah amoi, dan aku rasa mesti benda tu memang 'berkenan' pada amoi tu. Dan mungkin juga benda tu memang ikut amoi tu dari dulu, cuma aku jer baru perasan dia wujud. Selagi benda tu tak menganggu orang lain, aku tak kacau dia. Biarlah dia kat situ.

(p/s: saka & Jin ni bukan akan melekat pada muslim jer tau.. pada non-muslim pun banyak)

~ Conclusion ~

Rasanya, ni jer kot citer2 ofis ni yang berlaku. Tak sebanyak 'Menara Puaka' yang kitaorang duk keje dulu.

Selepas hampir setahun, lepas satu2 member ofis ni kena ganggu dengan pelbagai bentuk gangguan. Aku dengan suka rela buat something yang boleh elak semua ni. Walaupun tak 100%, tapi dapat kurangkan juga gangguan2 tu.

Asalnya, kitaorang nak panggil sesiapa yang pakar tentang 'pagar-memagar' ni, tapi kerana dipandang remeh oleh '1st Boss' aku (seorang chinesse), so niat tu kita simpan je dalam kocek. huhu..

Selepas tu, secara sukarela, aku sendiri yang pagar ofis ni, seperti mana yang diajar oleh Ustaz. Setiap 2 kali Ahad, aku akan guna air garam yang di doa, dan botol penyembur bersih, aku 'spray' di sekeliling banglo ni. Aku memang sengaja tak nak cerita pada member2 ofis, aku yang pagar banglo ni. Bukan apa, aku tak nak perasaan riak ada dalam kepala aku ni. Aku buat tu pun secara ikhlas. Yang penting benda2 kat luar tu 'kurang' mengganggu. Insya Allah.

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now