Lepas keja giler kat Villa Nabila, member2 aku yang sama tu, sering 'serbu' tempat2 yang konon nyer berhantu, seperti yang diceritakan orang ramai. Kawasan JB ni la.
Persisiran Jalan Lima Kedai-Gelang Patah, rumah lama yang orang duk puja nombor ekor kat Johor Jaya, surau lama yang tak digunakan kat Plentong, dan macam2 lagi la. Betul2 fanatik diorang ni. Nak sangat nampak benda2 mistik ni. Aku nak tau gak kenapa tempat2 ni diorang cakap ber-mistik.
Oh ye.. diorang tu... tak seorang pun tahu pasal 'mata ketiga' aku ni... Tak penting kot nak ceritakan... Dah larang dah tak yah pegi. Tapi degil nak mampuihh ! Member punya pasal, aku layan jer...
Walaupun aku ni penakut, aku dah niat dah, nak cuba protect diorang kalau ada apa2 bahaya. Tapi kan... Secara takbur dan bongkak nyer, sepanjang 'misi' tu.. aku tak nampak pun benda2 pelik kat tempat2 tu. Maksud aku, jenis suka mengacau ni. Yang duk diam jer tu, banyak ler.
Dalam banyak2 tempat yang kitaorang pergi, cuma satu tempat ni, aku jumpa jenis yang aggresive. Kat salah satu jeti kat Sungai Danga. Jeti ni dulu, hubungkan kampung2 orang asli kat situ.
Masa kitaorang sampai tu, adalah satu member ni mulut bangkai.
" Kat tepi jeti ni nanti, aku nak wat banglo. Macam kat Lido tu. tepi ni la. semua ni... aku tebang kasi clear.. hahahah " - gurau member aku ni.
Masa tu, betul2 tepi dia, aku nampak macam kelibat orang tengah mencangkung tepi sungai tu. Aku perhati betul2. Uh! sah benda tu. kat tangan benda tu ada.. ikan kot? dia tengok jer member aku tu.
Aku bagi isyarat tangan kat diorang supaya diam. Diorang tak endah. Diaorang ketawa kuat2. Wei. Dah larut malam kot?
Dan tah macam mana... aku tak perasan sangat, pasal terlalu pantas benda tu bergerak.. alih2 jer dia dah ada sebelah, sambil tangan seolah2 mencengkam kepala member aku tu...
Masa ni, memang nampak jelas (dan jelas dalam ingatan aku) , mata kawan aku tu jadi merah. Sumpah memang tak bohong. Itu yang aku nampak. Yang lain masih lagi ketawa2.
Secara refleks jugak, tah aku pun tak paham, aku capai towel kecil yang aku sangkut kat leher pada masa tu, aku sebut ( petikan dari Al Fatihah) - Iyyâka na'budu wa'iyyâka nasta'în ! kemudian aku libas sekali kat kawan aku tu. Benda tu hilang. Dan BLUUB ! Macam bunyi orang baling batu dalam sungai tu.
Yang lain senyap. Kebingungan. Lepas tu aku ajak diorang keluar dari tempat tu. Dan itulah kali terakhir aku follow diorang.
Ok. Berkenaan apa yang aku buat tu. Demi Allah... aku tak tahu pun guna macam tu sebelum ni. Juga bab libas guna towel tu pun... Kaedah tu, aku 'dapat' dengan sendiri kot? Wallahualam. Kat rumah, aku cari maksud.... baru aku paham kenapa ayat tu berguna.... (ada Google kn? Untung budak2 sekarang. Dah. Gi Google..) huhuhu
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalnePengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...