Salah satu aktiviti yang aku dan kawan2 gemar buat masa remaja, naik moto & berkonvoi ramai2. Destinasi mesti jauh sikit. Baru ada adventure feel... betul tak?
Tah masa tu tahun biler tah, kitaorang berkonvoi ke Kelantan. Kira paling jauh ler tu. Tujuan utama sebenarnya nak ke Rantau Panjang. Cari Jersey Bola baru kononnya.
Kitaorang kat sana 3 hari 2 malam. Stay kat salah satu pantai yang tercantik di Pantai Timur, Pantai Sri Tujuh. Pantai ni private dan terceruk sikit. Memang best sangat masa tu.
Hari pertama, lepas jer shopping sakan, kitaorang balik ke Chalet, dan berbagi2 tugas untuk wat BBQ malam nanti.
Aku macam biasa le. Tukang siapkan perapan ayam & daging.
Bila malam menjelang, tah macam maner, tengah happy tu, ex aku boleh call. Boleh lak citer pasal kisah2 lama... Excited la masa tu... al-maklumlah tengah single. Dah lama tak menggatal.
Eh! jap. Jauh dah aku melalut nih.
Pendekkan citer... Diorang yang lain tu, duk berlonggok keliling unggun api.... aku lak sedang syok bergayut ngan ex aku tadi, jauh kan diri sikit dari diorang. Sambil berbual tu, aku langkah perlahan2 ke arah tepi pantai.
Aku labuhkan punggung di atas salah satu batu besar kat situ. Sedang2 berbual tu, mata aku memang ada terpandang.. banyak 'benda2 ghaib' yang bersepah kat tepi2 pantai tu. Macam2 bentuk... Tapi hampir semua duk diam mengadap laut dan buat hal masing2. Bulan pun sedang mengambang masa tu.
Dalam banyak2 tu... mata aku boleh pulak tertarik dengan tingkah laku sepasang laki-bini (kot?) .. agak dah tua juga. Mereka jalan perlahan sambil berpimpinan tangan. Romantic je nampak...
Mereka jalan terus ke arah laut. Mulanya aku tak pelik la, pasal biase le.. couple2 memang macam tu.... tapi secara automatik aku terbangun dari duduk, bila tiba2 je ada satu kelibat awan gelap besar meluru laju ke arah mereka, dan bila awan tu melintasi, couple tadi terus je hilang....
Aku stopkan perbualan aku ngan ex aku. Mata aku tercari2 gak couple tadi... tapi sah tak der. Pelik gak. Meremang beb masa tu. Mungkin yang aku nampak tadi bukan manusia kot? Wallahualam...
So... lepas tu, tanpa buang masa, aku terus je cabut patah balik chalet. Dan aku bukak langkah seribu, bila aku rasa sangat2 tak sedap hati.
Aku mengaku, masa tu memang dah tak sempat dah nak baca apa2... Mati la naakk, kalau awan tu kejar aku....
Tiba kat kawan2 aku, semua tegur cakap muka aku pucat. Ermm.. kalau aku ckp yg aku nampak perkara tadi... Agak2 diorang ketawa kn aku tak?
Pasal masa maghrib tadi, salah sorang kawan aku ckp dia nampak bungkusan putih bergolek kat tepi pantai, yg aku percaya jin yang orang gelar Hantu Golek/Hantu Bungkus... Aku percaya.. Tapi yang lain2 memang tak percaya. Teruk gak kawan aku tu kena kutuk. Last2 dia terpaksa akui yg mungkin yg dia nampak tu khayalan semata. Ermm.. Kesian kn?
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...