#catatansatu - Lega bila si bujang tu dah nk habis SPM... Satu paper je lagi.. Lepas ni, tak yah ler nk pening2 kepala masa nak menghantar ke tuisyen.. ke sekolah.. kelas malam... bla..bla..bla.. Anak2 merdeka, mak-bapak pun ikut merdeka. Yiiihuuu..
#catatandua - 'Aktiviti' ngan ustaz rasanya aku dah stop 100% kot. Macam dah tak berkesempatan lagi lah nak join. Mata ni pun 'suam2 kuku' jer nak nampak semua tu.. So... Citer2 ni, kalau yg terbaru,rasanya memang tak de lagi kot... kecuali... kalau aku ingat, aku update..
#catatantiga - tapiii kan... Baru2 ni, aku terserempak dengan 'kak Limah' .. Elok jer duk kat bus stop depan hospital... errmm .. nanti arr aku citer... Oh ye.. Dia kirim salam kat korang semua. Dia tanya, biler nk jemput ke rumah....? Hehe
Ok.. Ni aku nak citer pasal lain lak...
Pasal tajuk kat atas tuu..+++++
Ilmu perubatan ada pelbagai cara dan kaedah tersendiri. Secara amnya, ilmu perubatan terbahagi kepada 3. Ilmu Putih, Ilmu Hitam dan Ilmu hijau. Gelaran ni memang diberi dari dahulu lagi.
Ilmu Putih, biasanya ilmu semulajadi dari Wali2 Allah, orang2 alim, Pak Imam, orang2 yang dikurniakan kelebihan dari Allah. Ilmu tu biasa datang dengan sendirinya. Dengan gunakan 100% ayat al-quran.
Ilmu Hijau pulak, lebih kurang sama seperti Ilmu Putih tu. Tapi kebanyakan nyer datang dari ilmu yang dituntut turun-temurun atau ilmu yang telah diamalkan dari guru. Ilmu ni ilmu yang menggunakan ayat Al-quran, beserta cara2 tertentu, atau menggunakan sesuatu untuk tujuan memudah dan melancarkan rawatan, tanpa menyalahi hukum atau mempesekutukan Allah.
Ilmu hitam adalah ilmu segala bertentangan dengan 2 ilmu yang di atas. Ilmu ni selalunya guna ayat pelbagai bahasa, dan kadang2 dicampur aduk dengan jampi memuja sesuatu. Alatan perubatan atau alatan memuja mesti ada, seperti jarum peniti, lilin merah, patung kayu, mangkuk tanah liat, senjata2 lama, kain kuning, setanggi/kemenyan yang banyak, dan sebagainya. Ilmu ni akan sentiasa dibantu oleh makhluk jin yang dibela atau jin luar yang datang setelah dipuja.
Ok.. yang aku nak citer ni, pasal Ilmu hitam. Ilmu hitam yang betul2 tahap power rangers, sehinggakan pusat perubatan kitaorang pun tak dapat nak lawan.
Citer bermula pada satu hari, ketika kicauan burung dan unggas2 meriuhkan suasana petang yang damai lagi indah. Suara hiruk-pikuk juga kedengaran di seberang sana, kelihatan kanak2 girang bermain polis-sentri di tepi jalan depan kedai mamak. Chewah.
Sedang syok-syok mengeteh sambil membawang dengan member baik aku, Si Hasnur, bekas gengster sekolah dulu, tiba2 satu deringan yang memeranjatkan aku. Ternyata ustaz yang menelepon. Aku tertanya, kenapa ye? kenapa? dan kenapa??
Aduh. Penat ler berbahasa indah seperti ini...huhuhu..
Dah.. aku sambung....
Ustaz tanya aku, nak datang rumah ke tak? Pasal ada kes kronik yang menarik ni... Gila tak nak?? Jarang ustaz nak offer macam ni. Selalunya, asyik2 kes sampuk, kes rasuk... Asyik2 jumpa jin yang nak menumpang pasal berkenan jer... Bosan ler..
Aku mintak izin si Hasnur tu untuk blah dari situ. Dan dia dengan terpinga-pinga, terpaksa akur dengan kehendak aku. Jumpa lagi 3-4 bulan, bila sama2 free nanti, ye? Itu pun kalau ko masih tak serik2 nk jual insurans yang confirm aku tak nak tu, pada aku... Ingat aku tak tau taktik kau ker.. ? Hehehhe. Sorry bro.
Sampai kat rumah ustaz, aku nampak sebuah kereta Alphard hitam, tersergam indah, elok jer parking kat depan tu. Aku beri salam, melangkah masuk, salam-salam-salam-dan salam... Uh.. Ramai nya manusia...
Ustaz memperkenalkan pada aku... yang duduk kat tengah2 tu, Tan Sri Polan bin Polan (Nama rahsia yer. Pasal kalau aku tulis, walaupun satu huruf di depan, mesti ramai yang kenal... mampus aku kena saman kang.. )
Tan Sri ni minta tolong ustaz, setelah 4-5 tempat dier pergi berubat, tapi tak jalan. Ada orang yang suggest Pusat Perubatan Ustaz ni. So, dia pun cuba nasib di sini.
Buat pengetahuan korang, tempat perubatan ustaz ni, bukan sekadar Tan Sri jer yang pernah datang minta tolong tau. Tahap Kerabat yang dari negeri ni, atau negeri2 lain pun pernah gak. Setakat ni Alhamdullillah... Semua berjalan lancar. Ni bukan ayat riak yer? Ini kenyataan. Pada aku, itu semua rezeki ustaz dan pusat perubatan dia.
Berkenaan Tan sri tadi, menurut ustaz, dia tu terkena buatan orang yang merupakan musuh politiknya. Orang tu nak lihat Tan Sri tu jatuh terduduk dalam carier dia sebagai ahli politik dan usahawan yang sememangnya berjaya. Oleh kerana Tan Sri ni punyai nama dan pengaruh yang besar kat Malaysia ni, orang tu buat guna Bomoh Orang Asli. Bomoh ilmu Hitam yang boleh dikatakan terkenal dikalangan ustaz2.
Tan Sri tu punya symptom, dia selalu mimpi sesuatu yang buruk, dan menggelikan, dia juga perasan yang ke mana dia pergi ada saja seekor gagak mengikut, kadang2 muntah bercampur darah (tanpa sebab), perut dia pun semakin buncit yang melampau... Tapi bukan busung tau...
Hari pertama tu, ustaz cuma scan jer. Mula2 aku pun sibuk nak scan gak... secara senyap, tanpa pengetahuan ustaz. Kalau dia tau, mesti dia marah..huhuh
Dalam 'visi dan pandangan' aku masa tu, yang aku nampak sekali imbas, memang aku ada kelibat burung hitam besar, elok duduk atas kepala dia. Aku tak pasti itu gagak. Aku jugak nampak satu golok/senjata tajam yang terbang mengelilingi burung tu, dan tiba2 saja golok tu meluru pada aku.. masa tu aku tersentak. Kepala aku tiba2 sakit berdenyut. Mata aku tiba2 berair macam kena bawang.
Dan rupanya, masa tu, ustaz pun tersentak sama. Kemudian, dia geleng kepala. Dia tak kata aper.. Dia beri cadangan pada Tan Sri tu, datang balik hari esok.
>>> Bersambung ..... <<<
***** aku tau korang tak suka perkataan ni, tapi tak dapek nak tolong... panjang sangat... HAHAHAHAHAHHAHAH.. Sorry.. ****
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...