Sebelum tu, aku nak korang tau. Kalau seseorang menggunakan minyak, tangkal atau apa saja alat digunakan untuk membuat seseorang suka atau jatuh cinta, selalunya akan melibatkan jin/makhluk untuk mempengaruh si target mempunyai perasaan suka atau kasih pada si pemakai...
Contoh yang aku pernah nampak sendiri depan mata, ustaz merawat seseorang yang terkena pengasih. Ustaz kata ianya seakan Minyak Dagu. Tapi lemah sedikit kerana 'ramuan' dalam minyak tu tidak terlalu 'kuat'. Itu kata ustaz ler.. Aku pun tak paham apa yang dimaksudkan. Aku lihat atas kepala pesakit tu. Dia ni seorang lelaki dewasa, ada satu makhluk, fizikal macam kera kecil, mencengkam rambut sambil kepala dekat pada telinga, membisikkan sesuatu. Aku tak dengar pun apa yang benda tu bisik.
Menurut kata isteri lelaki tu, lelaki tu selalu berkhayal dan tak focus pada keluarga dan kerjaya dia. Seringkali gak lelaki tu mengamuk, marah pada isteri dan anak2 dia, dan selalu bandingkan dengan jiran mereka, iaitu seorang janda anak satu. Dia selalu sangat memuji2 nama janda tersebut.
Setelah diberi rawatan, semua tu kembali seperti sedia kala. Dan hasil cadangan ustaz , mereka sekeluarga berpindah rumah, jauh sedikit dari kawasan itu.
Itu cerita lain ..
Berbalik pada citer yang aku nak citer ni.... citer pasal pengasih lawan pengasih ni pulak... Citer ni memang pelik dan kelakar sikit.
Mulanya, ada seorang pesakit perempuan, dibawa oleh keluarga dia bertemu ustaz, di pejabat urusan kami. Masa tu, kebetulan aku pun ada kat sana. Aku lihat, perempuan tu ok jer, tak der masalah. Tak de pulak 'benda' yang mengikut. Mata aku siap melilau sekeliling bilik, untuk cari 'apa yang tak kena'.. Tapi semua OK...
Menurut abang kepada perempuan tu, dia sering menyebut nama seorang lelaki yang dia sendiri tak kenal. Banyak kali jugak lah perempuan tu nafikan. Tapi... bila ustaz sendiri bertanya pada pesakit tu secara baik, rupa2 nya, lelaki tersebut adalah rakan sekerja beliau.
So, marahlah si abang tadi. Dia anggap adiknya tu main2, dan tak bekerjasama.
Ustaz mula scan. Kemudian, dia terhenti sekejap. Dia minta izin pada pesakit dan keluarga, dia nk keluar bilik ofis sekejap, bersama aku yang dari tadi ada kat tepi ni.
Bila di luar, ustaz terangkan pada aku, yang pesakit ni dah terkena pengasih rakan sekerja pesakit. Ustaz tanya aku, ada nampak tak budak kecil, saiz baby duk atas riba pesakit tu? Uh?? Alamak. Macammana boleh aku terlepas pandang tadi? Ustaz cakap pada aku, yang 'baby' tadi tu ada sekali sekala ada memaut tengkuk pesakit, tapi gerak gaya 'benda' tu, seakan2 tak bermaya. So, Ustaz suruh aku stay tingkat bawah, tunggu jer kat kawasan parking. Dia suruh aku tengok betul2 'benda' tu, dan kaji gerak-geri nya. Ceh! dan macam Polis Evo pulak aku time ni...
Dalam setengah jam, pesakit dan keluarga gerak balik. Aku dah prepare semua dah... Aku perhatikan betul2. OK. Aku dah nampak dah. Benda tu warna kelabu kusam. Memaut bahu pesakit. Aku nampak benda lain gak. Aku lihat ada satu lagi benda, seakan2 bercahaya, terpancar sedikit keluar dari handbag pesakit tu.
Aku cerita pada ustaz, apa yang aku nampak, ustaz cakap, mungkin ada sesuatu dalam handbag tu, buatkan 'benda' tadi tak bermaya. Kitab suci Al Quran ke, Yassin ker.. Entah lah.
Selang 3 hari, mengikut arahan ustaz, pesakit tu datang lagi. Tapi kali ni di rumah ustaz. Dia datang bersama abang nyer sahaja. Masa tu, memang ustaz menyuruh aku standby, dia nak aku cuba halau benda yang ikut pesakit tu.
Masa ustaz duk berbual ngan pesakit dan abangnya, serious.. aku dah cuba, tapi benda tu tak nak lari. Takkan aku nak 'libas' pesakit tu kot?
Aku geleng kepala pada ustaz, tanda tak boleh. Air muka Ustaz ada sedikit kecewa. Last2 dia terus terang pada pesakit, dia kata ada benda yang ikut pesakit. Pesakit dan abangnya tu terperanjat sangat2. Bila tanya punya tanya, selidik punya selidik, pesakit tu tak mau cerita. Sambil menangis, dia cakap dia tak tau apa2. Ok la. Ustaz akur dan cuba buat something untuk halau benda tu. Ustaz nak buat bahan rawatan malam ni juga. Pesakit disuruh datang semula esok malam.
Bila pesakit dah balik, dan time tu ustaz pun kata pada aku yang dia nak masuk bilik dia sekejap, untuk buat bahan rawatan.
** bersambung ....
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
FantastiquePengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...