Bab 4

8.9K 502 5
                                        


🎶an embarrassment to the selfish, Fucked-up brats.
You have spawned to replace yourself.
Choose your future.
Choose life.🎶

Choose Life - Ewan McGregor & PF Project (1998)

▄︻̷̿┻̿═━一 •

Warden Aiman memasuki pejabat urusan Sekolah Henry Gurney apabila dia dipanggil oleh Tuan Abdul Talib.

"Assalamualaikum, Tuan," sapa Warden Aiman apabila masuk sahaja ke dalam pejabat pengarah itu.

"Waalaikumsalam. Aiman, kau rapat dengan budak Qays tu kan?" Tanya Tuan Abdul Talib.

"Ya, saya," balas Warden Aiman.

"Ni ada surat dari Jabatan Tanah dan Galian. Tolong serahkan pada dia. Pihak Henry Gurney dah hantarkan pada rumah dia tapi surat ni dipulangkan ke jabatan semula. Semalam orang jabatan datang kata surat ni penting. Kau tolong lah cari mana dia," kata Tuan Abdul Talib lalu memberikan sampul coklat bersaiz A4 kepada Warden Aiman.

"Baik, Tuan," balas Warden Aiman.

Warden Aiman duduk di mejanya sambil memerhati surat itu. Jabatan Hartanah dan Galian? Patut buka ke tak? Mana boleh buka. Private and confidential.

Ah, buka je lah.

Terlopong Warden Aiman. Ini surat wasiat dari Ahmad Kadir bin Sulaiman kepada Qays Ardani bin Qasim. Wasiat tanah berukuran tujuh ekar yang berada di pusat bandar Selangor yang sedang membangun. Jutawan mana pula yang wasiatkan tanah ni kepada Qays? Hatinya mula rasa tidak sedap berkaitan wasiat ni.

Dia perlu cari Qays.

🌾🌾🌾🌾🌾

Arsha membuka niqabnya. Terasa berpeluh sekitar hidung dan mulutnya. Matanya melirik kepada al-Quran di atas meja belajar. Ah, nanti je lah hafal. Bukan selalu dapat balik. Baik enjoy sekejap.

Dia pergi ke pintu bilik dan perlahan-lahan mengunci pintu dari dalam. Dengan lajunya dia kembali ke katil dan mengeluarkan komputer riba dan CD drama korea. Kalau Abah tau yang dia tengok drama korea siap pinjam laptop kawan, mati!

CD dimasukkan. Earphone dipasangkan. Teruja nak menghadap Coffee Prince. Gong Yoo handsome sangat!

Dari episod satu sampai tiga dia menghadap tanpa henti. Marathon. Terasa penat meniarap. Dia duduk merenggangkan badan. Jam di dinding dilirik. Oh, baru pukul 7:10 petang. Belum maghrib lagi.

Tapi dia tak solat asar lagi!!

Ketukan pintu bilik menambah gelabahnya. Oh tidak!

"Sha, cepat. Turun solat maghrib," panggil Hajah Sakinah.

"Aku tak mandi lagi sejak balik dari maahad ni," gumam Arsha takut. Macam mana ni?

Dia tidak menjawab ketukan Umminya. Hanya diam. Takut nak masuk bilik air. Takut Ummi dengar.

"Sha! Cepat. Maghrib dah nak masuk ni!" Marah Hajah Sakinah.

Arsha tak tahu nak buat apa. Dia cepat menukar jubahnya ke jubah yang berbeza. Baru dia mahu capai telekung, pintu kedengaran seperti dibuka dari luar. Dengan laju dia melangkah ke arah katil. Laptop ditutup dengan bantal.

Dia berlari laju ke tandas. Pam tandas ditekan. Dan pintu biliknya dibuka oleh Haji Rashid. Arsha keluar dari bilik airnya.

"Sha buang air tadi. Ni pon terasa nak pergi lagi. Sha pergi lagi sekali eh? Nanti Sha turun," bohong Arsha dengan muka berkerutnya. Acah tahan berak.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang