'It was not curiosity that killed the goose who laid the golden egg, but an insatiable greed that devoured common sense'
-E.A. Bucchianeri-
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Qays memandang Alif dengan senyuman senget. Kesian tengok pakcik kesayangannya tu jadi macam ni. Gelisah dan resah macam pelarian.
"How's life? Great?" Tanya Qays. Kopi di dalam mug diminum sedikit. An early breakfast at dawn.
"Kau nak apa dari aku?" Tanya Alif menyampah. Tangannya dah naik sakit apabila digari oleh askar-askar peribadi Qays.
"Apa yang kau sembunyikan pada hari tu," balas Qays.
"Aku dah tak nak masuk campur. Tolong lah bagi aku hidup dengan aman," rayu Alif. Dia dah penat nak terus hidup macam ni.
"Selagi kau berdiam, selagi tu kau tak akan aman. Best sangat ke hidup jadi pelarian macam ni?" Kata Qays sebelum mengarahkan Husky membuka gari di tangan Alif.
"Aku penat, Qays. Bila-bila je aku boleh mati kat tangan dia orang," kata Alif sebelum menundukkan kepalanya. Air matanya jatuh sebutir demi sebutir.
"Kau tau ke siapa mereka?" Tanya Qays. Hatinya sedikit tersentuh melihat Alif menangis. Satu keluarganya musnah disebabkan peristiwa itu.
Alif menggelengkan kepala lemah.
"Then, apa yang kau tahu? Apa yang membuatkan mereka takut sangat sampai buat kau macam ni." Qays memegang bahu Alif. Cuba memberikan semangatnya.
"Kau boleh tolong kembalikan aku hidup yang normal ke?" Tanya Alif mahukan kepastian.
"Aku lah orang yang pertama dia orang nak singkirkan. Tapi aku masih berdiri elok je. Kau nampak semua ni. Aku ada duit, aku ada kuasa. Keselamatan kau aku jamin," kata Qays sambil matanya menikam mata Alif untuk memberikan keyakinan kepada pakciknya itu.
"Dr. Eleanor Leblanc. The anesthesiologist of Marina Hospital. She told me something before they killed her," kata Alif dengan ketakutan.
💕💕💕💕💕
"Doctor, you don't look fine. Are you okay?" Tanya Alif risau apabila doktor yang mengajarnya itu menjatuhkan dulang yang mengandungi ubat-ubatan akibat tangannya yang menggeletar.
"I'm okay. Just leave me for a moment. I'll demonstrate that later," pinta Dr. Eleanor Leblanc lalu duduk di kerusi pejabatnya. Kepalanya dipegang.
"Alright, Doc," balas Alif sebelum melutut untuk mengemas ubat-ubatan yang jatuh bertaburan di lantai.
Dr. Eleanor Leblanc memandang Alif. Kukunya digigit. Alif adalah salah seorang doktor internship di hospital ini dan dia adalah guru kepada Alif.
"Your nephew didn't kill his sister," bisik Dr. Eleanor Leblanc membuatkan Alif terus mendongakkan kepalanya.
"What do you mean?" Tanya Alif dengan dahinya berkerut. Walaupun dah dua minggu perkara itu berlalu, tetap dia rasakan seakan semalam tragedi itu menimpa.
"I'm sorry. I'm so sorry." Dr. Eleanor Leblanc jatuh melutut. Tangisannya teresak-esak.
"TELL ME WHAT THE FUCK WAS IT?!" Jerit Alif.
"I'm the one who forged her autopsy," ngaku Dr. Eleanor Leblanc. Dia tak sanggup untuk menyimpannya.
Alif melepaskan dulang. Badannya lemah. Kakinya tidak berdaya untuk terus berdiri. Terduduk dia dihadapan Dr. Eleanor Leblanc.
"But why?" Tanya Alif lemah. Semuanya seakan mimpi.
"Because of my own greed. I'm sorry. I ruined your family. I'm sorry...." Kata-katanya terhenti apabila telefonnya berdering di atas meja.
Dr. Eleanor Leblanc mematikan telefon itu. Wajahnya cemas memandang Alif.
"Hear this properly. She died because of Botulinum toxin. The only person who has the legit autopsy result is Datuk Hussein Samad," terang Dr. Eleanor Leblanc resah.
Wajah Alif seakan-akan blur. Dia tak dapat nak cerna segalanya. Dr. Eleanor Leblanc menekup pipi Alif dengan kedua tangannya.
"Focus, Alif. They will kill me, soon. Run far away from here and bring justice for your family. Now, go! GO!"
💕💕💕💕💕
Alif hanya memandang Qays dan Arsha dari tingkap kereta yang dipandu oleh askar peribadi Qays.
"Who is she?" Tanya Alif kepada salah seorang askar peribadi Qays.
"No personal talk," balas askar itu.
Alif hanya diam.
Dari Armenia hingga ke Kuala Lumpur, Alif masih tak tahu siapa perempuan yang bersama Qays itu. Qays dan Arsha menaiki penerbangan kelas pertama. Manakala Alif dan beberapa orang askar peribadi Qays menaiki penerbangan kelas ekonomi.
Qays membawa Alif ke hideout mereka. Sebuah bilik telah disediakan untuk Alif kerana tempat itu adalah paling selamat untuknya.
"Kau kena duduk sini sampai aku selesaikan segalanya. Tempat ni paling selamat untuk kau," beritahu Qays.
"Tak apa. Mana-mana pon aku okay," balas Alif sambil melihat sekeliling bilik itu. Lebih dari cukup.
"Malam nanti, naik la ke penthouse aku. Tingkat 28. Kita makan malam sama," ajak Qays.
"Terima kasih, Qays," ucap Alif ikhlas. Tak sangka Qays akan melayannya seperti dahulu. Seperti Paksunya.
"Sama-sama. Kau rehat la dulu," balas Qays sebelum berlalu.
💕💕💕💕💕
Alif ke penthouse Qays dengan diiringi beberapa guards bersenjata. Setibanya dia dihadapan pintu, dirinya disambut oleh Qays.
"Aku tak tahu lah kalau rendang daging masih lagi makanan kegemaran kau," kata Qays dengan senyuman.
Alif hanya tersenyum. Di meja makan mewah itu, terdapat beberapa lauk kegemarannya seperti rendang daging, sate, ayam madu dan nasi jagung. Air sirap pon ada.
Arsha yang baru muncul kelihatan cantik memakai abaya hitam dan shawl cream. Senyuman diberikan kepada Alif.
"Ni isteri aku, Arsha Mikayla." Qays memperkenalkan apabila Alif memandang Arsha pelik. Pinggang Arsha dirangkul lembut.
"Ouh. Dia orang kata personal lawyer kau," kata Alif.
"Memang personal lawyer aku pon. Dia orang tak tahu aku dah nikah," beritahu Qays.
"Kenapa?* Tanya Alif.
"Aku nikah kat Songkhla. Reception baru boleh heboh," jawab Qays.
"Ibu kau tahu?" Tanya Alif membuatkan riak wajah Qays berubah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomansaSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
