'Curiosity is lying in wait for every secret'-Ralph Waldo Emerson-
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Suasa menjadi hening. Mereka menjadi tumpuan kebanyakan orang. Tujuh puluh peratus yang menghadiri majlis malam ini ialah orang Malaysia. Sudah tentu mereka tahu kisah Qays.
Qays memasukkan tangan ke dalam bahagian dalam pocket tuxedonya. Bunyi 'tik' perlahan yang didengari Arsha membuatkan Arsha menahan tangan Qays.
"Jangan. Tolong, jangan," rayu Arsha dengan suara menggigil. Sumpah dia takut sekarang ni.
"It's nothing, dear," kata Qays sebelum menepis lembut tangan isterinya.
Qays berpaling memandang Datuk Sri Hussein Samad. Lighter di tangannya di baling kepada lelaki tua itu.
"Don't talk too much, or I'll spread the shit you're hiding," kata Qays sebelum menarik lengan Arsha untuk berlalu.
💕💕💕💕💕
"Kenapa lighter?" Tanya Arsha. Ini kali ke lima dia tanya dan masih lagi tiada jawapan.
"My dear wife, could you just embrace this beautiful view. We are literally having a dinner at the sky," kata Qays masih mengelak soalan Arsha.
Arsha menarik muka. Kenapa la suka sangat berahsia. Kalau nak terus rahsia semua benda, baik tak payah kahwin. Bukan ke sepatutnya suami menceritakan segalanya kepada isteri? Eyy, benci!
"Arsha," panggil Qays apabila bunyi pinggan dan sudu berlaga semakin kuat menunjukkan Arsha sedang protes.
"Apa," balas Arsha dengan rajuknya.
"You really wanna know?" Tanya Qays. Lebih baik dia terus terang sekarang. Takut nanti ada orang kat bawah tu mati sebab pinggan melayang ke kepala.
"Mesti la nak," balas Arsha tak puas hati.
"Aku tak nak kau masuk campur je dalam benda-benda macam ni," kata Qays. Keadaan menjadi semakin serius.
"Benda-benda apa?" Tanya Arsha ingin tahu.
"Black market thingy. It's a serious crime that you shouldn't get involved," balas Qays. Gelas kaca yang berisi sprite diteguk laju.
"So, it's okay for you but not for me?"
"Because there are where I belong. Those stinky shitty crimes are where I belong," kata Qays sungguh serius. Matanya memandang mata Arsha tajam.
"You never belong there. Awak tak jahat," kaya Arsha menyangkal kata-kata Qays.
"Love makes you blind." Qays mengelap mulutnya dengan tisu. Hilang selera makannya.
"Cinta tu tak membutakan tapi membukakan mata saya untuk tahu dan kenal awak lebih lagi. Awak tak jahat. Berhenti cakap diri sendiri jahat," marah Arsha. Matanya bertakung dengan air mata. Sungguh dia benci apabila Qays menghina diri sendiri.
"Then, what am I? An angel? NO! I'm that fucking devil," kata Qays dengan suara yang kuat dan lantang. Nasib baik mereka berada di 'sky'.
"Apa benda yang jahat awak buat? Let's see what kind of devil you are," cabar Arsha.
"Kau pernah nampak aku sembah tuhan ke?" Sekali lagi suara Qays bergema.
"Selagi pintu taubat tu terbuka, selagi itu Allah akan menerima taubat hambanya. Qays Ardani, saya jadi isteri awak bukan sebab cinta semata tetapi sebab nak tunjukkan awak yang mana jalan sebenarnya," kata Arsha lembut.
YOU ARE READING
Vice Versa : Vengeance
RomansSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...