Bab 16

8.4K 521 14
                                        

'Abnormal is so common, it is practically normal'

▄︻̷̿┻̿═━一 •

Arsha mengetuk pintu bilik Qays beberapa kali sebelum pintu itu dibuka secara automatik dari dalam. Arsha lantas melangkah masuk.

"Ini fail untuk buka kes tu, Tuan," kata Arsha seraya meletakkan fail itu di atas meja Qays.

"Aku suruh letak atas meja aku sebelum kau balikkan," kata Qays tegas. Macam nak marah tapi tak tahu lah. Tuan Qays ni kalau cakap macam biasa pun macam nak marah orang.

"Masalahnya, Tuan Qays Ardani. Bilik Tuan ni berkunci. Macam mana saya nak masuk," balas Arsha menyampah. Nak marah pun agaklah.

"Oh, my bad," balas Qays tidak acuh sambil memeriksa fail yang diletakkan oleh Arsha.

Berasap hati Arsha. Macam tu je kau balas. Haih, nasib baik lah bos. Kalau ni along, dah lama dia berleter dua tiga helai muka surat kertas kajang.

"Sediakan semua latar belakang detektif, pendakwa raya, hakim dan penolong hakim yang bertugas dalam kes ni," arah Qays seraya menutup fail itu rapat.

"Latar belakang sekarang atau dulu?" Tanya Arsha. Kenapa terasa tiba-tiba diri ni dah tanya soalan yang bodoh.

"Everything about them. I said everything," kata Qays dengan menekan perkataan 'everything'.

"Baik, Tuan," balas Arsha. Kan dah cakap tu soalan yang bodoh.

"Oh yes, Arsha. Hari ni kau keluar awal. Tepat pukul 4.00 petang, kau mesti ada di hadapan lobby Accueillant Hotel. Tunggu je dalam kereta," arah Qays.

"Nak buat apa?" Tanya Arsha. Dari semalam bawa aku pergi hotel. Seriau pula.

"Kau ni banyak tanya lah," marah Qays. Tak pernah lagi orang banyak tanya macam Arsha ni. Yang lain hanya ikut sahaja tanpa sebarang pertanyaan.

"Haruslah, Tuan. Kalau Tuan nak bawa saya ke tempat bahaya ke apa ke. Saya kena lah tahu. Diri saya berharga," balas Arsha panjang. Qays bukannya dengar pon. Hanya dengar bahagian bahaya sahaja.

"Kau akan diperkenalkan pada ahli-ahli lain," balas Qays malas. Matanya ligat membaca dokumen. Multitasking.

"Ahli lain?" Tanya Arsha pelik. Ahli apa?

"Yes. Like you, they work with my personal life," balas Qays tanpa mengangkat wajah dari dokumen yang dibaca.

"Oh, kongsi gelap?" Tanya Arsha. Azril pun ada cakap yang Qays ni ada big gang, kongsi gelap.

"Hmm, suka hati lah," balas Qays tak acuh. Bukannya dia nak kisah pon orang cakap yang dia ni ketua geng kongsi gelap. Kalau nak tangkap, sertakan bukti. Tak cukup bukti, boleh balik

"Hish, tak nak lah. Bahaya," kata Arsha. Gila nak jumpa gangster dia. Tempah bala!

"I won't put you in danger," kata Qays dengan matanya yang tajam menikam anak mata Arsha.

"Ja... Janji?" Tanya Arsha gagap. Ah, baru panahan mata kau dah tergagap.

"Hmm, janji," balas Qays tak acuh. Haih, tadi bukan main serius cakap. Ni, dah mula balik intonasi 'hmm, aku tak kisah'.

Arsha berkira-kira. Boleh pakai ke lelaki ni? Macam tidak. Betul ke tak bahaya? Ah, ada ke gangster tak bahaya?

"Apa lagi yang kau fikir ni?" tegur Qays tanpa mengangkat wajah.

"Huh?" Arsha blur.

"Tak reti dah nak keluar? Ke nak teman aku buat kerja dekat sini?" Tanya Qays penuh sinis.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang