Bab 15

8.3K 531 7
                                        

Lacuna
(n.) a blank space / a missing parts

▄︻̷̿┻̿═━一 •

Qays melihat jam di tangan. Jam 2:20 petang. Makan tengahari pon belum. Susah kalah orang conduct meeting tapi tak reti nak punctual ni. Dah lah datang lambat, habis lambat.

Qays masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu ke hadapan lobi hotel. Arsha yang menunggu terus masuk. Nak berjalan dengan Arsha ke kereta, alamatnya lambat lah. Lebih cepat kalau dia berjalan dan ambil perempuan ni.

"Kalau sampai office semula dah nak dekat pukul 3:00 petang. Kau lapar?" Qays memulakan pemanduan keluar dari kawasan hotel itu.

"Mestilah lapar. Dah pukul berapa ni," balas Arsha geram. Banyak benda dia geram. Pertama, kenapa dia boleh jadi secretary lelaki ni? Kedua, kenapa orang tua yang ada gelaran Tan Sri tu datang punyalah lambat. Terakhir, kenapa suka sangat manusia ni habis lambat. Dah lah pagi tadi tak breakfast.

"Kita singgah makan dulu sebelum masuk office," putus Qays.

"Kenapa tak balik office dulu? Saya pergi makan sendiri je," kata Arsha. Tak selesa pula nak makan dengan lelaki ni. Seram.

"My protocol, dah masuk office, don't you ever dare going outside kecuali lunch hour. Lagipun kita kena jimat masa. Balik office terus habiskan teliti kes tu. Esok pagi-pagi hantar proposal untuk buka kes ni balik ke mahkamah," arah Qays seperti ditaktor.

"Baik, Tuan," balas Arsha terpaksa. Haih, kalau fail satu dua tak apa, ni bertimbun. Tak tidur malam lah nak buat kerja.

Qays memberhentikan keretanya di hadapan surau stesen minyak.

"Jangan lama," pesan Qays. Arsha blur.

"Hoi!" Tegur Qays.

Oh, nak suruh aku solat. Astaghfirullah hal azim, dah nak pukul 3 ni. Macam mana aku boleh lupa nak solat. Masya Allah.

Arsha keluar dari kereta laju.

💕💕💕💕💕

Siapa je tak kekok makan dengan bos. Pula, hari pertama kerja. Memang meremang je lah nak plilih makan apa. Perut yang betul-betul lapar tadi sekarang dan segan mati tak mahu je.

"Tuan pilihlah kan apa-apa," balas Arsha kekok. Kang aku pilih, paling mahal nanti.

"Kau ingat aku apa, boyfriend kau nak suruh pilihkan menu?" Ha! Kan dah kena sembur. Padan muka kau, Arsha.

"Shrimp pasta dengan cranberry fizz," pesan Arsha kepada pelayan itu.

Dah alang dekat Tony Roma's ni, tekak terasa nak makan steak. Tapi, tuan kekwat depan ni nak cepat. Dia kalau potong steak, boleh terpelanting pisau. Untuk elakkan kena sembur lagi, baik pilih jalan selamat.

Tak pernah seumur hidup Arsha makan punya lah beradab macam ni. Tuan Qays ni pula makan bukan main cepat lagi. Kunyah ke tak, tak tahu lah. Makan malam nanti lah baru makan puas-puas. Itu pun kalau sempat siap kerja bertimbun tu dengan cepat. Kalau tak, Maggie lah alamatnya.

"Berapa saya nak kena bayar ni, Tuan?" Tanya Arsha ketika mereka keluar dari restoran itu.

"What are you taking me for? Cheapskate?" Tanya Qays dengan mata mencerlung.

"Tak, Tuan," balas Arsha perlahan. Dah kena sembur lagi. Haih, memang lepas seminggu, tak ada maknanya nak kerja dengan dia.

Sampai sahaja di office, Arsha lantas membuat kerja. Tak toleh kiri kanan dah. Tulisan pada fail yang kecil tu pun main redah je. Kalau tak siap sebelum balik, memang tak ada rehatnya lah. Malam ni nak shopping barang dapur lagi. Kalau tak shopping malam ni, bila kalanya dia nak ada sabun mandi, barangan basah dan banyak lagi barang keperluan.

"Arsha," tegur Qays.

Arsha lantas mengangkat wajah dari terus membaca dereten ayat-ayat yang memeningkan itu.

"Ya, Tuan," balas Arsha.

"Kau tengok jam dah pukul berapa ni," arah Qays sebelum berlalu pergi.

Arsha melihat jam di telefonnya. Dah pukul 5:45 petang. Maksudnya office hour dah habis 15 minit lepas. Tapi, bukan dia kerja tak ikut office hour ke? Asal?

Arsha termangu. Apa pasal dia suruh tengok jam. Pukul 5:45 petang. Kenapa? Apa yang dia tertinggal?

Solat! Solat Asar. Astaghfirullah hal azim, dia terlupa lagi. Malulah macam ni. Tuan Qays yang tak solat pon ingat lah. Arsha lantas berjalan laju menuju ke surau pejabat.

Selepas solat, Arsha kembali membuat kerjanya. Tidak banyak yang tinggal. Lagi setengah jam dah boleh habis.

Masa berlalu. Qays keluar dari pejabatnya. Tali lehernya sudah dibuka. Butang baju tiga teratas sudah dileraikan. Blazernya digantung pada lengan. Bilik kaca itu dikerling.

"Dah pukul berapa ni? Kenapa kau tak balik lagi?" Tanya Qays kepada Arsha yang tekun membuat kerja.

"Sikit lagi, Tuan," balas Arsha tanpa menoleh. Banyak lah tadi setengah jam je dah boleh siap. Dah berejam pon ha, tak siap lagi.

"Kalau boleh siap malam ni, print sekali masukkan dalam fail letak atas meja aku. Esok aku suruh Zane hantarkan," pesan Qays sebelum berlalu pergi.

Arsha mengeliatkan badannya setelah kelibat Qays hilang. Hailah, nasib. Dah nak dekat 9:00 malam dan dia masih menghadap kerja-kerja ni.

Sepanjang dia meneliti kes ni, dia dah terasa pelik. Laporan kes ni nampak pelik. Macam detektif yang handle kes ni buat sambil lewa. Siasatan kurang dan penutupan kes adalah awal. Ini kes bunuh kot, tak akan dalam masa tiga minggu dah tutup kes. Pelik.

Laporan kes ini dibaca sekali lagi. Bertambah peliknya. Pada picagari yang digunakan untuk menyuntik mangsa, terdapat beberapa cap jari termasuklah cap jari Qays yang boleh dikatakan lebih banyak dari yang lain. Tiada sebarang siasatan pula untuk pemilik cap jari yang lain seperti David Ng iaitu seorang pharmacist dan satu lagi cap jari yang paling sedikit tidak di siasat milik siapa.

Kes ni juga sangat cepat untuk mahkamah letakkan kata putus. Hanya dua bulan kes ni dibawa ke mahkamah dan kes ni telah tamat. Siapa masalahnya? Hakim, pendakwa raya atau detektif? Atau masalahnya ialah Qays ialah satu-satunya suspek yang ada atau Qays sebenarnya melakukan perkara ni.

Pada hari kejadian berlaku, terdapat tujuh orang di dalam kediaman itu termasuklah mangsa. Tapi yang peliknya, laporan kes ni hanya meletakkan Qays sebagai suspek. Tiada suspek seterusnya. Lima orang lagi yang berada di dalam rumah itu dijadikan saksi. Apa hakim tak ada semak kes ni dengan pembantu mahkamah ke?

Mudah betul mereka semua buat kerja. Orang pertama perlu siasat ialah Detektif yang bertugas dalam kes ni.

Arsha mengeluh. Ikon print pada skrin laptop ditekan. Sebenarnya, boleh dikatakn Qays yang melakukan semua ini. Ada juga kes bunuh di mana suspek ada sakit mental sehingga perkara yang dibuat tidak langsung disedari. Tapi, ujian kesihatan mental Qays pada laporan kes ni ialah baik. Ah, laporan ni bukannya boleh guna pon.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang