Bab 35

8.9K 632 55
                                        

'Some of us think holding on makes us strong, but sometimes it is letting go'

-Herman Hesse-

▄︻̷̿┻̿═━一 •

Arsha berhenti betul-betul di hadapan Arshad. Belum sempat Arshad ingin mencengkam lengan Arsha, adiknya terlebih dahulu mengambil tangan kanannya dan dicium tangan itu lama. Terasa basah pada tangannya. Terus terpaku tubuh Arshad.

Esakan Arsha semakin kuat. Tangan Arshad masih di mukanya.

"Sha," panggil Arshad lembut.

Perlahan Arsha mengangkat wajah memandang Arshad.

"Apa yang Sha nak adalah kasih sayang, along. Keluarga Sha tak mampu nak berikan kasih sayang seperti yang Sha mahukan. Daim tak boleh nak sayangkan Sha sepenuh hati dia. Sha tak minta banyak. Cukup seorang suami yang boleh berikan cinta dan kasih sayang pada Sha. Qays Ardani lah lelaki yang letakkan Sha sebagai keutamaannya," kata Arsha dengan air mata yang berjuraian. Tangannya masih lagi menggenggam erat tangan Arshad.

Tangan ini lah yang memimpinnya sewaktu kecil. Tangan ini juga yang menyuapkannya makan sewaktu kecil. Tangan ini juga yang memukulnya jika dia ada buat kesilapan. Along boleh katakan ayah kepadanya. Tapi, Along sama macam Abah.

Arshad menaikkan tangan kirinya ke muka Arsha. Air mata yang mengalir di lap dengan ibu jarinya. Tiada sebarang kata-kata yang terluah dari mulutnya. Risau tembok egonya roboh. Dia baru sedar sesuatu. Bilakah kali terakhir adiknya ini bergelak ketawa dengan keluarganya sendiri? Bilakah kali terakhir mereka bergurau mesra? Bilakah juga Arsha memberikan senyuman bahagia ketika bersama keluarga?

"Izinkan Sha ikut kata hati Sha untuk kali ni, Along," pinta Sha sambil matanya yang berkaca itu menikam anak mata Arshad.

Arshad melepaskan nafas perlahan. Perlahan tangan kanan Arsha yang memegang tangan kanannya dilepaskan. Kali ini dia mahu lihat adiknya tersenyum. Beratnya rasa seperti ingin melepaskan burung merpati yang dijaga selama bertahun terbang bebas di langit.

"Terima kasih, Along. Sha sayang Along," ucap Arsha sebelum dia memusingkan badan mengorak langkah ke arah Qays.

Ini pilihan dia dan dia tak akan menyesal. Janji.

"Janji dengan Along yang Sha akan bahagia," tutur Arshad perlahan dengan matanya memerhatikan belakang badan adiknya yang semakin menjauh.

💕💕💕💕💕

Qays menghulurkan tin minuman kepada Arsha.

"Oh, thanks," ucap Arsha selepas menyambut huluran itu.

"Dah beli semuanya?" Tanya Qays sambil matanya melirik kepada beberapa beg plastik di tangan Arsha.

Arsha hanya mengangguk sebelum Qays mencapai beg-beg plastik itu. Kesemua barang-barang yang diperlukan Arsha seperti pakaian, mandian dan sebagainya berada di dalam beg-beg plastik ini.

"Let's go," ujar Qays sebelum dia memulakan langkah keluar dari Billion Shopping Centre.

Arsha hanya mengekori. Boleh katakan perjalanan masih jauh. Mereka masih ada lima jam perjalanan dengan menaiki kereta untuk sampai ke Songkla.

Seorang lelaki iaitu pemandu yang bertanggungjawab untuk menghantar mereka ke Songkla membukakan pintu kereta Cadillac CTS untuk Arsha dan Qays. Lantas mereka masuk ke dalam kereta itu.

"Kenapa kita tak naik flight, Tuan?" Tanya Arsha sebaik sahaja kereta yang mereka naiki ini memulakan perjalanan.

"Nanti Aiman tahu. Aku dah nak masuk 30 tahun depan kot. Tetap nak control duit aku," bebel Qays pendek.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang