🎶You're an angel dressed in armor
You're the fair in every fight
You're my life and my safe harbor
Where the sun sets every night 🎶Close your eyes - Michael Bublé (2013)
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Arsha mengetuk pen di meja. Otaknya ligat berfikir. Sekarang ni, permohonan untuk buka balik kes ini ditolak oleh mahkamah. Perlu cari lebih banyak bukti.
Arsha menjeling kalendar di atas mejanya. Bulatan merah diperhatikan sepi. Hari ini, tepat seminggu dia bekerja dengan Qays dan serta merta kontrak dia dan Qays akan terbatal. Berat hati nak tinggalkan meja ni dengan dirinya sendiri yang sudah berminat sangat dengan kes ini. Tapi, tempat ini tidak sesuai untuknya.
Surat berhenti kerja dicetak. Rasa berat sangat hati mahu menanda tangani surat itu. Mungkin hatinya terasa ralat kerana tidak dapat membantu kes ini sehingga selesai.
Jam yang menunjukkan pukul 7:20 petang membuatkan dirinya terus mengemas barang. Tidak banyak pun barang yang ada. Hanya sebuah buku nota persendirian, pen hiasan berbulunya, mug merah jambu, post it notes pelbagai warna, selipar pejabat dengan corak Minnie Mouse dan pokok bonsai mini hadiah dari Mellisa. Barang-barang itu semua diletakkan di dalam beg kertas. Surat berhenti kerja dan barang-barang penting yang diberi Qays pada hari pertamanya kerja dibawa masuk juga ke dalam pejabat Qays. Dengan menggunakan kad akses yang berlabel namanya, pintu pejabat yang terkunci itu terbuka. Dia pun baru tahu yang kad miliknya boleh buka bilik Qays.
Beg laptop jenama Kate Spade itu diletakkan di sofa kulit yang berada di dalam pejabat itu. Sampul putih yang terisi surat berhenti kerja diletakkan kemas atas meja Qays.
Arsha berjalan keluar dari pejabat itu. Pintu pejabat ditutup rapat. Pusing sahaja dari menghadap pintu pejabat Qays, dia terkejut.
"Cik," tegur pengawal keselamatan itu yang turut terkejut.
Arsha hanya balas dengan senyuman sebelum pengawal keselamatan itu cepat-cepat berlalu pergi. Jam di tangan di lihat. Baru jam 7:45 petang. Selalunya pengawal keselamatan ronda ke tingkat ini pada jam 8:30 malam.
"Mana Abang Basri? Dah tukar guard ke?" Arsha tertanya-tanya sendiri sebelum mengangkat bahu.
Perasaan tertanya-tanya itu hilang begitu sahaja. Dia masuk semula ke bilik kacanya dan mengambil beg kertas dan beg tangannya. Langkah untuk keluar dari pejabat ini dimulakan.
Pintu lif terbuka pada tingkat 'ground'. Dia keluar dari lif dan tanpa sengaja melihat ke kanan.
"Tuan?" Arsha pasti dia nampak Qays.
Arsha mengangkat bahu. Bukan urusan dia nak menyibuk kenapa Qays datang ke pejabat tergesa-gesa macam tu. Dah boleh lah buang perangai kepochi ni.
Arsha mendekati pondok pengawal keselamatan. Tiada orang di situ. Dia perlu meminta pengawal keselamatan bernama Basri itu untuk mengambil keretanya di bawah tanah. Sebenarnya dia tak berani nak turun bawah tu. Seram.
Arsha meninjau ke dalam pondok itu. Keluhan berat dilepaskan. Terpaksa ambil sendiri lah.
"Tolong." Perlahan sunguh suara meminta tolong itu.
Arsha pantas masuk ke dalam pondok itu. Kelihatan Basri sedang terbaring dengan mukanya yang berlumuran darah.
"Siapa yang buat kat Abang macam ni?" Arsha bertanya panik.
"Ada lelaki pakai baju guard pukul saya," balas Basri lambat-lambat mungkin menahan sakit.
"Abang boleh gerak tak?" Tanya Arsha.

ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomansaSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...