Bab 31

7.9K 543 25
                                        

'At some point, you have to realize that some people can stay in your heart but not in your life.'

̷̿̿═    •

Arsha melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Datuk Aiman. Senyuman diberikan sebelum fail berkulit biru itu diletakkan di atas meja kerja Datuk Aiman.

"Awak okay?" Tanya Datuk Aiman.

"Huh?" Tanya Arsha tak faham.

"Maksud saya pasal kemalangan tu. Awak betul-betul tak ada cedera mana-mana?" Tanya Datuk Aiman prihatin.

"Betul, Datuk. Saya baik-baik je," balas Arsha.

Datuk Aiman mengangguk. Fail biru itu dibuka dan dibaca isinya. Selepas itu, pen diambil untuk menandatangani dokumen itu.

"Awak suka Qays, ya?" Tanya Datuk Aiman dengan suaranya yang berubah serius secara tiba-tiba.

Arsha diam. Matanya dijatuhkan ke lantai.

"Kenapa? Datuk pon nak halang saya dari suka Tuan?" Tanya Arsha perlahan.

"Kalau boleh saya tak nak halang, tapi saya perlu halang. Awak dan dia tak akan boleh bersama. Saya orang pertama yang tidak akan bersetuju," kata Datuk Aiman tegas.

"Datuk rasa Tuan jahat juga ke?" Tanya Arsha memandang wajah Datuk Aiman berani.

"Saya bukan nak kata Qays tu jahat. Awak sendiri boleh nilai baik buruk dia. Tapi, awak dan dia tu kontra. Mungkin sesama manusia Qays tak ada buat jahat tapi kesalahan dia pada Allah tu yang saya maksudkan," terang Datuk Aiman.

"Kalau Tuan tidak berpegang kepada ajaran agama, macam mana Tuan boleh hafal Yasin?" Tanya Arsha. Dah lama dia tertanya-tanya.

Datuk Aiman melepaskan keluhan kecil.

"Dia tak macam ni masa sekolah. Lepas kena halau dengan keluarga, hidup susah, dia berubah ke arah yang tidak baik. Mula tinggal solat. Bila belajar di Australia, makin menjadi-jadi perangai dia. Mula minum arak, ada tatu, merokok dan tak endahkan makanan halal dan haram.

Mungkin salah saya sendiri. Saya tak fikirkan apa yang berlaku di Australia. Saya galakkan dia ke luar negara untuk mulakan hidup baru tanpa fikirkan keimanan dia," kata Datuk Aiman kesal.

"Saya faham, Datuk. Saya dan dia tak akan bersama. Saya mungkin sukakan dia sebab karakter dia," balas Arsha tak mahu memanjangkan perbualan. Takut jadi debat pula antara dia dan COO Q.E. Group ini.

"Saya harap perasaan suka awak tak melarat," pesan Datuk Aiman seraya menghulurkan fail berkulit biru itu semula.

"Baik, Datuk," balas Arsha sebelum keluar dari bilik pejabat itu.

Arsha lantas menapak ke bilik pejabat Qays. Ingin menghantar fail berkulit biru itu. Pintu bilik Qays diketuk setibanya dia di hadapan pintu kayu berlian itu. Pintu dibuka secara automatik dan Arsha melangkah masuk ke dalam.

"Saya dah dapatkan tanda tangan Datuk Aiman dan Encik Irham," beritahu Arsha lalu meletakkan fail itu di atas meja Qays.

Qays yang sedang sibuk membuat kerja lantas mencapai fail itu. Isi di dalamnya dibelek untuk memastikan semuanya sempurna.

"Susun dekat rak tu. Ikut warna dan tarikh," arah Qays tanpa mengangkat wajah daripada kertas kerja yang penuh di atas meja kerjanya.

Arsha lantas mengambil fail itu dan meletakkannya di rak mengikut warna dan tarikh seperti Qays arahkan tadi.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang