Bab 2

9.8K 568 27
                                        

🎶Waiting for a call that'll never come
Remembering you in an empty room
Hurting over small memories🎶

시작 (Start) - Highlight (2017)

▄︻̷̿┻̿═━一 •

2006

"Qays," panggil Warden Aiman.

Qays mengangkat kepala memandang warden Henry Gurney yang berumur 30-an.

"Nak apa?" Tanya Qays malas.

"Raya dah nak dekat. Kau tak nak call mak bapak kau?" Tanya Warden Aiman.

"Tak perlu. Mereka tak akan datang," keluh Qays sambil mata masih meniti barisan perkataan di atas buku Fiziknya.

"Kau marah mak bapak kau?" Tanya Warden Aiman.

"Tidak. Mereka tak salah. Yang salah tu aku. Aku yang buat dia orang malu." Qays membalas tanpa nada.

"Kau tak salah, Qays. Kau dianiaya," balas Warden Aiman.

"Tak ada siapa percaya aku. Macam mana kau boleh percaya aku berdasarkan cerita aku? Kau bodoh ke?" Tanya Qays pelik.

"Sebab aku tak bodoh aku percaya kau. Kau bukan macam mereka yang tinggal di sini. Kau lain. Kau ada kelas tersendiri. Kau tak bergaduh, kau tak melawan. Kau hanya diam dan belajar," balas Warden Aiman tersenyum.

"Itu tak membuktikan yang aku tak bersalah," keluh Qays perlahan.

"Qays, tak lama lagi kau nak keluar. Jadi, aku nak kau ambil peluang ni. Walau kau tak mampu buktikan yang kau tak bersalah, tapi kalau kau tunjukkan pada dunia yang kau dah berubah pon dah cukup baik. Ambil peluang ni. Tunjukkan pada mereka yang buta hati. Kau boleh berjaya lebih dari mereka yang hidup normal. " Warden Aiman menasihati Qays lembut.

Qays ini berbeza. Sejak hari pertama Qays masuk ke Henry Gurney, kecoh kisah dia. Kisah budak rogol dan bunuh adik kandung sendiri. Kisah yang paling terkenal di Malaysia ketika itu. Kisah yang merata manusia bercerita. Kisah yang penuh kepalsuan dan tiada siapa mahu mendengar kebenarannya.

Apabila masuk sahaja ke Henry Gurney, dia dipandang hina oleh pelajar lain. Macam pelajar lain yang menetap di sini tidak membuat salah. Sedangkan mereka di sini atas kesalahan juga walaupun tidak begitu berat seperti merompak, menagih dadah, mencabul dan bergaduh hingga bertumbuk. Segelintir sahaja yang kesalahannya besar seperti merogol dan membunuh. Ada juga yang cuba membuli Qays, tapi dia hanya buat tidak tahu. Apabila si pembuli memukulnya, Qays akan memukul semula. Dia dalam dunianya. Belajar.

"Aku rindu mak bapak aku," keluh Qays. Warden Aiman hanya memandang sedih.

"Nanti bila kau keluar, tunjuk pada mereka yang kau lebih baik dari yang lain. Tunjukkan pada SPM kau. Kau kan pandai. Kau target berapa?" Warden Aiman menepuk bahu Qays tanda memujuk.

"Paling kurang 7A," balas Qays.

"Eh, asal pulak tujuh je. Tahun lepas kau boleh dapat 8A," kata Warden Aiman.

"Aku tak yakin lah dengan biologi aku. Tahun lepas pon cukup makan A-." Qays membalas.

"Kau boleh buat, Qays." Kata Warden Aiman.

🌾🌾🌾🌾🌾

Qays menutup bukunya apabila katil yang didudukinya ditendang kuat oleh Sarip, gangster suam-suam kuku. Qays memandang Sarip tanpa riak. Hanya wajah selambanya.

"Aku dah kata kan! Baju aku tu basuh!" Tengking Sarip kuat.

Qays hanya memberikan jelingan sebelum sambung membaca buku sejarahnya. Tindakan sambil lewa Qays membuatkan Sarip sakit hati. Sarip dengan marahnya menendang kepala Qays kuat membuatkan Qays jatuh dari katilnya.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang