'I wanted to tell you all my secrets, but you became one of them instead'
▄︻̷̿┻̿═━一 •
"No. I've never met you before," balas Qays tegas.
Arsha memandang Qays tidak percaya. Tak mungkin. Kalau dia tak pernah jumpa Qays sebelum ni, kenapa cara lelaki ni cakap sangat Deja-vu? Dia tak pernah ada kawan lelaki pon sebelum ni.
"Don't look at me with that face. Kita tak pernah jumpa. Trust me," kata Qays bagi meningkatkan kepercayaan Arsha.
Lagi berkerut Arsha apabila mendengar perkataan 'trust me'. Deja-vu sangat lah ayat tu.
"Tapi...." Kata-kata Arsha dipangkas laju.
"Drop this nonsense topic," arah Qays dengan suara ditaktornya.
Terpaksalah Arsha mengalah. Apa boleh buat.
💕💕💕💕💕
Arsha memilih beberapa kain songket yang dibeli Qays. Itu pun Qays yang paksa ambil.
"Empat je?" Tanya Qays.
"Saya tak berapa suka pakai baju kurung," beritahu Arsha.
"Nope. You will look pretty. Ambil semua," arah Qays.
Arsha mengeluh. Bila dengan bos besar ni, semua orang pun tak ada pilihan. Qays ni klon abah ke?
"Yang Tuan beli banyak-banyak kenapa? Lepas tu, paksa-paksa orang ambil pula. Tahu tak nak tempah baju pun mahal sekarang ni," bebel Arsha panjang. Panas hatinya.
"Kau jangan banyak cakap. Ambil semua ni. Kau nak bagi sesiapa, bagi lah," kata Qays sebelum berlalu masuk ke dalam Bugatti Galibier iaitu kereta rasminya dengan nombor plat QE 11.
Arsha mengeluh untuk kesekian kalinya. Hish, tak faham lah dengan Qays ni.
"Saya tolong masukkan dalam kereta tau," beritahu Cray.
"Kain sutera bling-bling tu Tuan nak buat apa?" Tanya Arsha seraya melirik matanya ke arah lima bungkusan plastik bersaiz besar.
"Tuan nak sedekah pada rumah orang tua-tua dan rumah anak yatim," beritahu Cray seraya memasukkan bungkusan plastik yang terdapat 20 helai kain songket di dalamnya ke dalam boot kereta Arsha.
Arsha diam. Jujur, memang dia terkejut. Tapi, fikirkan balik, kucing jalanan pun Tuan Qays bantu, kenapa tidak manusia.
"Cik diam ni, mesti tak percaya kan?" Teka Cray.
"Terkejut sikitlah. Don't judge a book by its cover, right," balas Arsha.
"Tuan bukan seperti orang lain sangkakan. Mungkin dia nampak kejam dan gangster, tapi kalau tak disebabkan dia, saya tak rasa saya hidup senang," terang Cray. Banyak sangat dia terhutang budi dengan Qays.
"Awak buat apa dulu?" Tanya Arsha. Dah lama dia tertanya-tanya. Cray nampak baik.
"Saya dan Saiful dimasukkan ke Juvana atas sebab membakar makmal kimia," beritahu Cray dengan cuba menahan gelak.
"Ha?" Arsha terkejut. Gila ke apa? Yang nak bakar makmal sekolah dah kenapa?
"Saya serius, Cik Arsha. Kalau fikirkan balik memang lawak. Tapi kes tu lah yang bawa kami ke jalan sekarang." beritahu Cray lebih lanjut.
"Share lah," pinta Arsha. Nak tahu juga apa yang menarik.
"Saya dan Saiful dituduh meniru masa peperiksaan sains. Habis markah dapat 0. Masalahnya kita orang tak meniru pun. Cikgu kita orang selalu letak kertas dalam makmal kimia. Masa tu kan tak matang, sebab nak hapuskan semua kertas tu supaya boleh buat peperiksaan baru, kita orang bakar kertas tu dalam sinki makmal. Saiful tu pun terlebih bijak. Bunsen burner ada, tak nak guna. Nak juga guna Sulphuric Acid dengan Potasium Chlorate. Letak pulak banyak. Apa jadi lepas tu, innalillah." Cray menyudahkan ceritanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...