Bab 20

8.6K 548 7
                                        

"Even the hardest puzzle have a solution"

▄︻̷̿┻̿═━一 •

Arsha menunggu Qays di hadapan Audi RS7 yang dicat matte black. Siapa sahaja yang letak kereta betul-betul di hadapan bangunan kalau bukan bos besar.

"Kata pukul 11 habis meeting. Ni dah nak pukul 12 dah. Nanti tak sempat sampai Melaka." Arsha membebel sendiri sambil melihat jam di telefon pintarnya.

Beberapa minit berlalu, kelihatan seorang lelaki bersuit biru gelap keluar dari perut lif. Beberapa orang pekerja yang berada di bawah terus menunduk hormat. Qays berjalan keluar dari bangunan Q.E. Group.

"Cepat, kita dah lambat," kata Qays seraya masuk ke dalam keretanya laju.

Arsha mencebik. Eleh, dia yang lambat. Ada lah tu dalam meeting dia panjangkan cerita. Arsha lantas masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat duduk penumpang hadapan.

"Set GPS," arah Qays seraya memulakan pemanduan.

Arsha lantas meletakkan alamat pada skrin sebelum skrin itu menunjukkan arah di peta.

"Dah cuba call dia? Dah confirm alamat? Dia ada kat rumah?" Qays memberikan soalan macam polis pencen.

"Dah, Tuan. Muhammad Aslam ada di rumah dia menanti kita," balas Arsha sambil dirinya sibuk menyusun dokumen bagi minit mesyuarat.

"Yang kat Melaka tu?" Tanya Qays.

"Siti Faizah saya cuba call tapi salah nombor. Saya dah suruh Cray carikan nombor baru dengan sahkan alamat yang kita ada tapi belum dapat lagi jawapannya," terang Arsha laju.

"Lembab!" Tengking Qays secara tiba-tiba.

"Saya?" Tanya Arsha terkejut. Dah kenapa nak marah pula.

"Bukan kau. Kereta depan ni," balas Qays tanpa nada.

Arsha hanya mengangguk perlahan. Dasar kepala angin. Marah je tahu.

"Kita pergi Melaka juga ke Tuan?" Tanya Arsha. Ye lah, alamat tak confirm ni.

"Hmm," balas Qays pendek. Dia tak dengar pon apa Arsha cakap.

"Tuan, saya ni kena pastikan. Boleh tak jawab betul-betul?" Arsha mula sakit hati. Susah lah kerja dengan dia ni. Hmm je tahu. Jahit karang bibir tu baru tahu!

"Kau tanya apa?" Tanya Qays yang terasa rimas apabila fokus kepada pemanduannya terganggu.

"Saya tanya, kita nak pergi Melaka juga ke?" Tanya Arsha lagi.

"Pergi lah," balas Qays.

"Tapi alamat tak confirm. Lagi satu, tak sampai lambat ke? Kita pergi Sekinchan dah ambil masa sejam setengah. Nanti buat soal jawab semua mungkin ambil masa dua jam dan lebih. Lepas tu dari Sekinchan nak gerak ke Melaka ambil masa tiga jam lebih. Sampai mesti dah malam," terang Arsha panjang.

"Bila lagi nak pergi? Esok petang aku ada hal. Event apa entah. Lusa kita kena pergi Johor. Weekend kena pergi Terengganu. Kalau tak habiskan hari ni, bila lagi?" Balas Qays.

"Esok Tuan ada event untuk Grand Opening Dhianz Spa & Salon. Tuan dah beli flower stand?" Arsha mengingatkan Qays. Ada secretary baru pula.

"Belum," balas Qays pendek.

"Saya order sekarang," kata Arsha sambil membuat pesanan melalui mesej kepada florist.

"Back to main topic," arah Qays.

"Kita tak sempat habis malam ni punya. Kita sampai dah malam. Tak akan nak ganggu orang malam-malam buta pula," beritahu Arsha.

"Kita tidur lah satu malam. Lepas tu esok pagi keluar. Sebelum pukul dua petang mesti dah kena ada kat KL semula," balas Qays.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang