Bab 38

8.1K 519 33
                                    

'If the hurt comes, so will be the happiness'

▄︻̷̿┻̿═━一 •

Lepas solat subuh, Arsha turun ke dapur. Cakap pasal solat subuh, dia masih tak berani nak ajak Qays solat sama. Takut Qays kecil hati atau berlakunya salah faham antara mereka. Sedikit sahaja masa yang diperlukan dan Insha ALLAH dia akan cuba ubtuk ubah Qays. Masa yang diperlukan adalah untuk memahami dan mengenali Qays.

Arsha membuka peti sejuk. Hampa. Apa pun tak ada kecuali air minuman vitamin yang tersusun berderet. Kabinet pula dibuka. Sama sahaja seperti peti sejuk. Tak ada bahan untuk dimasak selain protein shake dan beberapa jenis supplement penjagaan badan.

"Cari apa?" Tegur Qays yang baru sahaja masuk ke dapur.

"Tak ada apa nak masak," beritahu Arsha selepas memusingkan badannya menghadap Qays.

"Tak payah masak. Order je dari restoran hotel," balas Qays.

"Tapi, saya nak masak," kata Arsha perlahan.

"Nanti dah beli barang dapur, masaklah. Sekarang kita order," jawab Qays.

"Okay," balas Arsha ceria.

"Come, aku ajar cara nak order," panggil Qays.

Arsha lantas mengikut langkah Qays ke ruang tamu. Qays mencapai iPad di atas meja kopi. Laman sesawang hotel dibuka.

"Mula-mula buka website hotel lepas tu tekan Today's Menu. Pilihlah apa nak makan," terang Qays sambil mendekatkan iPad ke Arsha.

"English Benedict with Chamomile Tea,"

Arsha menunjukkan gambar makanan di skrin iPad dengan jari telunjuknya.

"Okay, masukkan dalam cart. Then, letakkan nombor bilik," terang Qays sambil jarinya menaip perkataan 'QaysPH' pada ruangan nombor bilik.

"Siap?" Tanya Arsha.

"Yup. Lagi lima minit makanan sampai," beritahu Qays.

Arsha mengangguk faham.

"Lepas breakfast, terus bersiap. Kita shopping barang kau. Malam dalam pukul lapan kita pergi rumah Aiman," kata Qays kepada Arsha.

"Malam ni kita nak bagitahu Datuk ke?" Tanya Arsha gementar campur resah.

"Kau tak payah takut dengan dia. Selalunya dia membebel dua atau tiga jam, habis lah," balas Qays selamba. Nampak sangat dah biasa buat hal.

"Macam mana kalau Datuk suruh kita bercerai?" Tanya Arsha yang sudah mula mengarut. Banyak sangat baca novel melayu lah tu.

"Nonsense. Aiman tak akan suruh benda macam tu," balas Qays.

Arsha diam berfikir. Apa dia nak jawab nanti kalau Datuk Aiman tanya macam-macam? Contohnya, kenapa kahwin dengan Qays? Tak akan nak jawab sebab Qays cintakan dia. Eh, macam syok sendiri.

Lamunan Arsha terhenti apabila terasa tapak tangan Qays berada di pipi kirinya. Arsha mendongak sedikit memandang wajah Qays dengan riak tertanya-tanya.

"Dah tak malu-malu macam awal pagi tadi, eh?" Tanya Qays mengusik.

Arsha menepis tangan Qays di pipinya. Sumpah dia menyampah. Bukan sekali suaminya ini cuba untuk mengusiknya, tetapi berkali-kali.

"Okay, okay. Sorry," kata Qays apabila melihatkan wajah marah Arsha.

💕💕💕💕💕

Datuk Aiman memandang Arsha pelik. Pelik dengan kehadiran gadis itu di rumahnya di malam hari bersama Qays.

Vice Versa : VengeanceWhere stories live. Discover now