'I want to be with you, It is as simple, and as complicated as that'
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Arsha memandang sepi dua orang merpati sejoli melintasi hadapan bilik kacanya. Tak dapat dinafikan rasa sakit yang terasa di hati. Sudah-sudah lah berangan. Arsha kembali menatap skrin komputer.
"Ni lagi satu hal. Kes saman trafik bukan main banyak lagi. Markah merit dah banyak. Nanti kena gantung lesen tu, padan muka," bebel Arsha seorang diri sambil cuba menyelesaikan masalah saman Qays. Dah lah deadline esok. Tapi, salah dia juga tangguh kerja.
"Cik Arsha," tegur Teo, pengurus eksekutif Q.E. Group.
"Ya, Encik Teo," sahut Arsha seraya berdiri.
"Tuan ada ke tidak?" Tanya Teo.
"Baru je keluar, Encik," beritahu Arsha.
"Kalau macam tu, tak apa lah. You tak balik lagi ke? Dah lewat petang ni," kata Teo sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
"Stay lewat sikit, Encik. Ada kerja perlu diselesaikan," beritahu Arsha dengan senyuman.
"Oh, kalau macam tu, ada apa-apa you boleh cari I dalam bilik I. I pon stay lewat sikit," beritahu Teo sebelum berlalu pergi.
Arsha mengerling jam digital di mejanya. Jam 6:45 petang. Tangannya lantas mencapai beg telekung dan kakinya laju melangkah ke surau. Mahu baca mathurat sambil tunggu masuk waktu maghrib.
💕💕💕💕💕
Qays melangkah laju memasuki perut lif. Wajahnya bengang menahan marah. Sampai sahaja di arah HQ, lantas Qays melangkah laju ke bilik kaca yang bertentangan dengan bilik pejabatnya.
"Arsha Mikayla!" Jerkah Qays geram.
Arsha yang sedang menyusun helaian kertas di dalam fail lantas mengangkat kepala akibat terkejut. Nasib baik tak terpelanting fail tu.
"Kenapa Tuan jerit-jerit ni?" Tanya Arsha pelik.
"Dah pukul berapa ni? Asal kau tak balik lagi?!" Tengking Qays.
Arsha lantas berdiri. Wajah bengang Qays dipandang. Terasa meyampah pula dengan sikap protective Qays ni. Takut semuanya sekadar lakonan atau simpati.
"Tuan nak marah lebih-lebih ni kenapa?" Tanya Arsha berani. Qays melepaskan nafas perlahan.
"Aku risau Arsha. Aku dah kata, jangan stay kat office lewat-lewat. Bahaya," terang Qays kini tidak lagi menengking tetapi masih tegas.
"Encik Teo baru je balik. Saya pun dah nak siap-siap balik," kata Arsha. Fail hitam berkulit tebal ditutup.
"Don't you ever do this again," pesan Qays tegas. Walaupum Cray dan Saiful mengekori Arsha dan menjaga keselamatan Arsha sepanjang masa, sebaiknya perkara yang membahayakan patut dielakkan.
"Kenapa Tuan perlu risau sangat pasal saya? Saya ni sekadar peguam peribadi sahaja." Arsha berkata serius.
"Just go back home, please," arah Qays separuh merayu. Dia tidak mahu menjawab persoalan Arsha.
"Apa yang ada di antara kita, Tuan? Apa kaitan saya dengan hidup peribadi Tuan?" Tanya Arsha masih mendesak.
Qays hanya menunduk. Dia tak sedia untuk beritahu segalanya. Tak sampai sebulan Arsha berada dekat dengannya, dia tidak mahu Arsha menjadi semakin jauh apabila kebenaran yang menakutkan ini akan terbongkar. Dia takut kalau-kalau Arsha akan pergi meninggalkan dirinya.
YOU ARE READING
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...