Bab 21

8.2K 488 21
                                        

'Silent men like still water, are deep and dangerous'

▄︻̷̿┻̿═━一 •

Qays memandu memasuki perkarangan McD.

"Nak makan apa?" Tanya Qays seraya memandu ke arah pandu lalu.

"Uh...." arsha berfikir. Tak tahu nak makan apa. Menu pon dia tak tahu apa yang ada selain double cheese burger sebab memang McD tempat yang jarang sangat dia jejak.

"Lambat. Double cheese burger, satu. McChicken, satu. Add on large fries and two mineral water," pesan Qays.

Arsha mencebik. Eleh, masa tu suruh pilihkan menu, marah-marah. Ni nak pilih sendiri pon kena marah.

"Air?" Tanya Qays.

"Milo," balas Arsha laju.

"Milo and Iced Mocha," pesan Qays laju.

Kereta dipandu ke hadapan untuk mengambil makanan yang dipesan.

"Saya punya berapa ringgit?" Tanya Arsha sebaik sahaja memulakan pemanduan keluar dari kawasan McD. Dia perlu bayar apa yang dia makan.

Qays menjeling Arsha tajam.

"Aku rasa aku dah cakap kat kau, aku bukan orang yang kedekut. Ingat dalam kepala otak kau, bila kau ada dengan aku, I will pay for everything," kata Qays tegas.

"Okay," balas Arsha perlahan.

Arsha mengambil Double Cheese burger dan bungkusannya dibuka separuh. Burger itu disuakan kepada Qays.

"Aku punya McChicken," kata Qays.

Arsha lantas membalut semula burger itu dan membuka bungkusan kotak McChicken. Tisu diambil untuk membalut separuh burger itu. Jadi, tangan Qays tak kotor.

Qays mencapai burger itu. Baru dia mahu membuat gigitan pertama, skrin di dashboard menunjukkan Datuk Aiman membuat panggilan. Qays lantas menjawab.

"Apa?" Tanya Qays lalu mengambil gigitan pertamanya.

"Malam ni kau sepatutnya ada dinner untuk BMW Launching Event. Kau boleh blah macam tu je?" Kata Datuk Aiman sakit hati.

"Oh. Ada eh? Kau pergi lah." Qays membalas tanpa rasa serba salah sambil mengunyah.

"Hish. Aku dah katakan, cari secretary. Zane tu pon buzy, dia tak ada masa nak jaga hal ka...." Qays mematikan talian. Malas nak dengar Datuk Aiman membebel.

Arsha hanya diam dan makan.

"Kau perlu solat ke tak?" Tanya Qays.

Arsha sepi. Nak jawab jujur je tak? Malulah!

"Okay, tak boleh," kata Qays menjawab sendiri pada persoalannya.

Tiba-tiba Qays mula terkelip-kelip matanya.

"Tuan, kenapa?" Tanya Arsha. Hilang terus rasa malu tadi.

"Keluarkan contact lens case dan specs case dalam dashboard," arah Qays.

Arsha lantas membuka dashboard. Contact lens case dihulurkan pada Qays selepas kedua penutup dibuka.

Qays lantas menanggalkan kanta lekap lutsinar itu dari matanya sebelum dimasukkan ke dalam bekasnya. Pemanduannya tetap diteruskan.

Selepas sahaja Qays meletakkan kedua kanta lekap pada tempatnya, dia lantas menutup bekas itu dan cermin mata dari jenama Marc Jacobs dihulurkan kepada Qays. Qays lantas mencapai dan memakainya.

Arsha menyimpan bekas kanta lekap dan bekas cermin mata ke dalam dashboard. Dia memandang ke arah tingkap. Senyuman kecil dilakar. Cuba ditahan dari senyuman kecil itu mejadi lebih lebar. Tuan pakai cermin mata? Comel!

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang