'404 ERROR - Happiness not found'
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Arsha melihat sepi keadaan loft yang penuh dengan warna merah jambu. Dia perlu pastikan tiada satu barang pun tertinggal di dalam rumah ini kerana dia tak akan boleh berpatah balik ke sini semula. Semuanya telah berakhir. Antara Arsha dan Qays hanyalah imaginasi dongeng yang mustahil untuk berlaku.
Arsha melepaskan nafas berat. Rasa sebak masih berbuku di hati. Dia tak mampu nak tolong Qays selesaikan kes pembunuhan Qaisara. Dia juga tak dapat tahu apa rahsia yang Qays simpan tentang dirinya. Terasa sungguh ralat nak tinggalkan semuanya. Tapi, kisah dongeng ini telah berakhir. Realiti telah kembali.
Arsha tak mahu berlama. Takut pemikiran negatifnya menguasai, nanti ada yang dia tak balik JB. Arsha keluar dari loft itu dengan hati yang berat.
Sampai sahaja di lobi apartment itu, kelihatan Zane sedang memandangnya tidak jauh dari tempatnya berdiri.
"Cik Arsha," panggil Zane sambil melangkah mendekati Arsha.
"Assalamualaikum, Zane," sapa Arsha dengan senyuman hambarnya.
"Waalaikumsalam. Awak nak balik JB malam ni juga?" Tanya Zane sambil matanya melihat dua bagasi di sisi Arsha.
"Saya terima arahan untuk balik malam ni juga. Saya hanya patuh pada arahan," balas Arsha.
"Cik Arsha guna sahaja kereta Tuan tu. Tuan tak kisah," beritahu Zane.
"Saya yang kisah, Zane. Apa kata keluarga saya nanti. Tak apa, saya naik bas je," tolak Arsha dengan baik.
"Saya hantar Cik Arsha ke TBS, boleh?" Tanya Zane meminta izin.
Arsha hanya memerhatikan wajah Zane yang penuh mengharap. Dengan perlahan Arsha mengangguk setuju.
Lantas Zane menolong Arsha mengangkat dua bagasi yang berada di sisi Arsha masuk ke dalam kereta BMW hitamnya. Sepanjang perjalanan ke TBS, mereka hanya diam. Zane tidak tahu mahu cakap apa dan Arsha melayan perasaannya.
Sampai sahaja di hadapan pintu utama TBS, Zane sekali lagi menolong Arsha mengangkat bagasinya. Zane juga mengeluarkan beg kertas bewarna biru dan dihulurkan kepada Arsha.
Arsha menyambut huluran beg kertas dari tangan Zane. Isi di dalam beg itu dijengah. Kelihatan anak patung arnab bewarna merah jambu di dalam beg kertas itu.
"Cik Arsha tak terkejut?" Tanya Zane apabila melihatkan riak wajah Arsha yang tenang.
"Semuanya dah cukup mengejutkan untuk saya. Saya dah lali," kata Arsha perlahan.
"Saya masih doakan untuk Cik Arsha dan Tuan Qays bersama. Kalau dah jodoh tak ke mana kan?" Kata Zane.
"Tak perlu, Zane. Saya bakal dinikahkan dengan pilihan ayah saya. Saya tiada pilihan selain dari patuh dengan segala arahan ayah saya," beritahu Arsha membuatkan riak wajah Zane bertukar muram.
"Jadi, tiada lagi peluang untuk Tuan Qays?" Tanya Zane sedih.
"Kita hidup dalam realiti, Zane. Antara saya dengan Qays hanyalah kisah dongeng sementara. Saya tak nak letakkan sebarang harapan." Arsha lantas menunduk memandang lantai. Risau Zane dapat menangkap reaksi sedihnya.
"Tapi Tuan cintakan Cik Arsha sangat-sangat," kata Zane perlahan.
Arsha menarik nafas berat bagi menenangkan jiwa yang memberontak.
"Saya pergi dulu, Zane. Kirimkan salam saya untuk Tuan." Arsha berlalu pergi.
💕💕💕💕💕
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
Roman d'amourSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
