Bab 39

8.9K 552 45
                                    

"Be careful with who you trust. Salt and sugar look the same"

̷̿̿═

Arsha meletakkan nasi goreng kampung di atas meja makan. Jam digital di atas kabinet di pandang sekilas. Jam 7:50 pagi. Okay, dirinya sudah lambat untuk ke pejabat. Lantas Arsha berlari naik ke bilik. Buka sahaja pintu bilik, kelihatan Qays masih berselimut di atas katil. Rasa geram pula tengok lelaki tu tidur lena. Mentang-mentang dia boleh datang sesuka hatinya.

"Awak, bangun la. Dah pukul lapan ni," kejut Arsha seraya menepuk manja wajah Qays.

"Hurm," balas Qays seraya menepis lemah tangan Arsha di mukanya. Menganggu sahaja.

"Bangun la awak. Tu la, semalam tak reti nak tidur awal. Sibuk tenung skrin monitor tu. Kan sekarang dah tak boleh nak bangun. Nanti karang masuk office tenghari lepas tu balik tengah malam sebab kerja tak siap lagi. Nanti saya juga keseorangan kat rumah ni malam-malam. Dulu bujang boleh la buat macam tu, sekarang dah kahwin tak akan nak tinggalkan saya selalu. Sedih la saya macam ni." Arsha mula membebel panjang.

"Shh." Qays meletakkan jari telunjuk kanannya ke bibir Arsha dengan harapan untuk Arsha berhenti membebel.

Malangnya, jari telunjuk itu menjadi mangsa gigitan Arsha. Rasain lho.

"Ouch." Laju Qays menarik balik jarinya. Matanya mencerlung memandang Arsha. Sampai hati gigit jari handsome bergaya ni. Mahal tau.

"Bangun, Qays Ardani. Saya dah masakkan breakfast tu," kata Arsha lalu menepuk lengan Qays sebelum berlalu pergi ke wardrobe untuk bersiap ke pejabat.

Qays hanya memandang tubuh Arsha yang semakin menjauh itu dengan rasa tidak puas hati. Ada lori ada bas , ada hari aku balas! Qays kembali ingin menutup mata untuk menyambung lenanya tetapi diganggu oleh suara Arsha yang memanggil.

"BANGUN, TUAN QAYS!" Laung Arsha kuat.

Qays mendengus lemah. Memang ada bini semua benda nak bebel ke?

💕💕💕💕💕

Arsha melangkah masuk ke dalam pejabat. Qatrina yang berada di kaunter terus menyapanya mesra.

"Sha! Bercuti tak ajak eh," kata Qatrina mesra.

"Huh?" Arsha tidak faham. Sejak kapan gue bercuti ini?

"Dah la pergi Krabi. Wah, honeymoon ke?" Kata Qatrina sambil mencuit lengan Arsha.

Krabi? Salah kawasan ni. Rasanya dia pergi Songkhla bukan Krabi.

"Morning, Qat," tegur Zane mesra seraya melangkah masuk.

"Morning too, Encik Zane," balas Qatrina.

"Morning untuk Cik Arsha yang baru pulang dari Krabi ini juga," kata Zane dengan senyuman bermakna. Arsha semakin faham situasinya.

"Kak, saya tak boleh nak borak lama. Takut nanti Tuan masuk, saya tak buat kerja lagi. Dah la cuti lama kan," kata Arsha sebelum berlalu bagi mengelakkan diri.

Arsha terus masuk ke dalam bilik kacanya. Semua barang-barang yang dikemas selepas dipecat oleh Qays tersusun rapi di dalam bilik kaca ini. Seperti sedia kala. Arsha tidak menunggu lama untuk terus membuat kerjanya dalam pembaharuan target kes pembunuhan Qaisara.

Jam 12:20 tengahari baru Qays memunculkan dirinya di pejabat dengan pakaian yang cukup kasual. Qays hanya mengenakan slim fit cotton pants berwarna hitam dengan sweatshirt berwarna putih dari jenama Tommy Hilfiger. Lengan sweatshirt itu ditarik hingga ke bawah siku menampakkan lengannya yang maskulin dikenakan pula dengan jam dari jenama Orient. Oh, a dessert is here.

Vice Versa : VengeanceWhere stories live. Discover now