'I have no interest in TEMPORARY people'
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Azril memberhentikan keretanya di hadapan pondok pengawal untuk masuk ke dalam Accueillant Apartment.
"Sha ada dapat kad tak? Nak masuk dalam ni kena ada access card," kata Azril.
"Tak ada," balas Arsha. Hatinya memang tak tenang sejak dari tadi. Bermacam benda dia fikirkan.
Ketukan tingkap kereta membuatkan Azril menurunkan tingkap keretanya. Seorang pengawal keselamatan berbangsa india berdiri di sebelah kereta.
"Ya, Encik. Ada apa-apa masalah?" Tanya pengawal keselamatan itu.
"Tuan Qays suruh masuk sini tapi dia tak ada bagi kad pon. Macam mana?" Tanya Azril.
"Saya tak boleh kasi orang masuk suka hati, encik," balas pengawal itu.
"Tak apa lah. Terima kasih," ucap Azril sebelum menaikkan tingkap keretanya.
"Macam mana, Sha?" Tanya Azril kepada Arsha.
Arsha lantas mengeluarkan telefon pintarnya. Dia mendail nombor telefon Zane.
"Assalamualaikum, Zane. Maaf menganggu pagi-pagi ni. Tapi macam mana nak masuk dalam apartment ni?" Arsha terasa serba salah pula mengganggu Zane. Dah lah pukul 6 pagi.
"Sekejap, Cik Arsha. Saya bagi arahan pada pengawal keselamatan," balas Zane dengan suara mamainya.
"Maaf, Zane," ucap Arsha serba salah.
"Tak apa," balas Zane sebelum mematikan talian.
💕💕💕💕💕
Arsha tercengang. Biar betul Tuan Qays ni. Keadaan sekeliling diperhatikan dengan riak terujanya. Cantik sangat. Walaupun hanya loft tapi agak besar dan mewah. Dah namanya apartment elit, mestilah kan. Kunci kereta di atas meja dicapai. Sekali lagi dia tercengang. Mazda?
Nota kecil pada meja dibaca.
'Mazda 6 warna merah. Terletak di tempat letak kereta VVIP. Plat VBK 14. Kereta dan rumah ini perlu dipulangkan semula selepas tamatnya kontrak seminggu.'
Arsha melepaskan keluhan berat. Lupa, hanya seminggu. Buat apa teruja sangat kalau hanya seminggu. Kita tak tahu apa yang bakal menyusul nanti.
Jam di tangan dikerling. Alamak, dah pukul 7:30 pagi. Office hours start pukul 8:30 pagi. Bukannya dia tak tahu KL ni sesaknya lain macam.
Arsha lantas mencapai kunci kereta. Biarlah dengan barangnya. Balik nanti baru kemas. Beg laptop dari jenama Fossil disangkut pada bahu. Itu pun Tuan Qays yang berikan. Laptop, earpiece, voice recorder, singing pen, tablet dan access card untuk masuk ke dalam biliknya.
Arsha menuju ke hadapan pintu. Dia menyarungkan sneakers jenama Adidas Gazelle bewarna pink ke kakinya. Hashtag, copy ori 1:1. Tak mampu nak beli original. Menggigil tangan nak keluar duit.
Nasib baik senang jumpa tempat letak kereta VVIP. Fuh, siap ada pintu kaca automatik bagi setiap lot kereta. Kad access yang digunakan untuk masuk ke dalam kawasan apartment dan rumah turut digunakan untuk membuka pintu kaca ini. Sekali lagi, Arsha berasa teruja. Ini ke kehidupan orang kaya selama ni? Ini ke erti bebas yang dia mahukan selama ini. Ya Allah, indahnya!
Arsha masuk ke dalam kereta. Wah! Selesanya. Enjin dihidupkan. Bunyi enjin je sudah terasa mewah. Ehem, Mazda je kot. Tapi, lebih mewah dari Axia yang Haji Rashid pinjamkan, right?
Haji Rashid tak pernah benarkan Arsha memandu kereta lain selain dari Axia. Teringin juga nak bawa Mercedes C63 amg milik Haji Rashid, tapi semua tu hanya mimpi yang tak akan tercapai.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
