'Yes, I'm evil but it's the fun kind evil'
▄︻̷̿┻̿═━一 •
"Kau balik bila ni?" Tanya Warden Aiman kepada Qays.
"Lusa," balas Qays pendek.
"Terima kasih," ucap Warden Aiman secara tiba-tiba dengan senyumannya. Lagi beberapa minit dia akan masuk ke dalam balai berlepas untuk mengerjakan umrah dan haji.
"Aku yang patut berterima kasih. You deserve it anyway," balas Qays dengan senyuman ikhlas.
Warden Aiman tersenyum puas. Senyuman ikhlas Qays membuatkan dia sayu. Dia rindu dengan senyuman itu
"Jaga Zane baik-baik," pesan Warden Aiman.
"Jangan risau lah" balas Qays malas. Dah berapa kali agaknya lah dia nak ulang benda sama.
"Bila kau nak balik Malaysia semula ni?" Tanya Warden Aiman.
"Before I turn thirty," balas Qays.
"Kalau dah nak balik tu, apa-apa boleh minta tolong aku," kata Warden Aiman.
"Sure." Qays mengangguk.
💞💞💞💞💞
"Sha nak ikut hantar Ummi dengan Abah," rengek Arsha.
"Pergilah minta kebenaran Abah. Along tak berani," balas Arshad.
"Alah, Along lah pujuk. Kalau Sha minta memang tak dapatlah," rayu Arsha.
"Hish, dia ni. Nasib, eh. Kalau dapat, dapat lah. Kalau tak, Sha duduk rumah," kata Arshad lalu melangkah pergi dari bilik adik bongsunya.
Selang 10 minit, Arshad kembali masuk ke dalam bilik adik bongsunya.
"Siap cepat. Abah suruh pakai purdah," beritahu Arshad.
"Yeah! Sayang Along," kata Arsha gembira sebelum berlari dan memeluk abang sulungnya itu.
"Cepat siap. Lambat, Along tinggal," kata Arshad sebelum keluar dari bilik Arsha.
Arsha lekas menukar jubah hitamnya kepada abaya hitam emas. Tudung bawal bewarna hitam bidang 60 dipakai rapi dan dikenakan dengan kain purdah hitam. Stokin hitam disarungkan.
Pakai purdah pon pakai lah. Janji dapat pergi KLIA. Abah dengan Ummi berlepas je, memang dia akan shopping. Tak sabarnya. Mini backpack dicapai. Purse dan Samsung Galaxy S2 dimasukkan ke dalam beg.
Arsha turun ke bawah. Riak terujanya cuba disembunyikan. Langsung dia tidak membuat sebarang eye contact dengan Haji Rashid. Seram! Sampai di hadapan pintu, sandal kelabunya dipakai sebelum dia berlalu masuk ke dalam Estima milik Arshad.
Terpaksa lah duduk dengan barang-barang di tempat duduk akhir. Anak-anak buahnya duduk selesa di hadapan. Nasib lah. Janji dapat bebas sekejap.
💞💞💞💞💞
Qays berjalan keluar dari airport. Keretanya yang berada berdekatan dengan entrance dihampiri. Baru sahaja mahu membuka pintu, dia terlihat seorang remaja perempuan berpurdah sedang membaca komik manga di tempat duduk awam yang disediakan oleh pihak airport.
Dia pasti yang gadis itu tersenyum riang walaupun di tidak dapat melihatnya. Cukup mata gadis itu menunjukkannya.
"What a cute eyes," kata Qays perlahan sebelum pintu kereta Porsche miliknya dibuka.
"Kita nak pergi mana lepas ni?" Tanya Zane sebaik sahaja Qays masuk ke dalam kereta. Jenuh sebenarnya dia menunggu.
"Survey golf course," balas Qays lalu memasukkan gear D.
"Tuan nak buat apa?" Tanya Zane.
"Beli," balas Qays sepatah sebelum keretanya meluncur laju.
Selang empat jam memandu, Qays tiba di Tanah Tinggi Cameron. Zane yang sedang lena diulit mimpi dipadang sekilas. Aku bos ke dia yang bos sekarang ni.
Qays keluar dari keretanya. Badan direnggangkan. Dia tidak berhenti di mana-mana perhentian sepanjang perjalanan. Lebih baik dia jimat masa. Sekarang pun sudah lewat petang. Kalau dia lambat sikit, kemungkinan dia akan sampai malam. Faham-faham je lah, jalan tu bahaya. Ada yang masuk gaung.
Qays mengeluarkan kotak rokok dari jenama Treasurer iaitu diantara jenama rokok yang termahal. Rokok bewarna hitam itu dikeluarkan. Kotak rokok disimpan semula ke dalam jaket dan pemetik api dari jenama Christian Dior digunakan bagi menyalakan rokok.
Memang dia tak suka merokok dalam kereta. Kereta akan berbau. Lagipun, dia tidak berapa suka dengan bau rokok ni, tengik. Tapi, dah namanya ada nicotine, tengik atau tidak, ketagih juga. Asap dari hasil menghisap rokok itu dihembus. Pemandangan cantik di sekeliling diperhatikan.
"What a nice view. Kalau aku dapat beli golf course kat sini, i would probably make more money," kata Qays sendiri.
Pintu kereta dari tempat duduk penumpang dibuka Zane. Dia keluar dan merenggangkan badannya. Rasanya, hampir dua jam dia tidur.
"Nak?" Tanya Qays sambil menghulurkan kotak rokok kepada Zane yang baru keluar.
"Tak apa," balas Zane dengan tersengih. Dia tak pernh hisap rokok dan dia tak tahu.
"Bagus lah kalau kau tak hisap rokok. It's not good for your health," balas Qays lalu menyimpan kotak rokok itu semula ke dalam jaketnya.
Zane hanya mengangguk. Dah tu apa guna kau pelawa aku tadi kalau kau tak bagi aku merokok? Tak faham betul.
"Lapar?" Tanya Qays.
"A'ah lah. Kita tak lunch pon," balas Zane sambil menggosok perutnya yang terasa pedih.
"Jom lah pergi kat kafe tu," ajak Qays sambil matanya melihat Boh Tea Farm cafe yang hanya beberapa meter sahaja.
Qays menekan alat kawalan jauh bagi mengunci keretanya sebelum berjalan menuju ke kafe itu.
"Kau nak buat apa dengan golf course?" Tanya Zane. Naif sangat persoalan.
"Nak kumpul duit. Biar banyak-banyak," balas Qays.
"Buat apa nak banyak-banyak? Bukannya guna semua pun," kata Zane sekali lagi terlalu naif budak ini. Macam mana lah budak senaif ni boleh terlintas nak bunuh mak sendiri?
"Nak bagi kau makan lah," balas Qays seraya menggosok kepala Zane.
Zane tersenyum. Dia nampak jahat tapi baik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomansaSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...