Bab 29

8.1K 551 5
                                        

'You've got to do whatever it takes to protect the ones you love'

̷̿̿═一 •

Terlepas kertas-kertas di tangan Arsha. Habis berselerak lantai dengan helaian kertas yang bertaburan. Mata Arsha masih tertancap pada skrin yang menunjukkan rakaman CCTV di bilik pejabat Qays. Tangannya menggeletar.

Pintu dibuka dari luar. Qays melangkah masuk ke dalam. Keadaan Arsha yang merenung skrin membuatkannya cuak. Lagi-lagi dengan kertas yang sudah bertaburan. Lantas kakinya melangkah mendekati skrin kecil itu. Skrin itu lantas ditutup.

"Tuan," panggil Arsha dengan suara yang bergetar. Tak tahu nak tafsirkan perasaannya. Seram? Mungkin ya.

"I will explain to you later," kata Qays gelabah.

"Bila lagi Tuan? Apa semua ni?!" Arsha bertanya dengan nada semakin meninggi.

Qays mengeluh kuat. Dia pun bebal semacam. Yang dia boleh lupa tukar kamera kenapa?

"I promise you. I'll tell you everything later. Trust me," kata Qays separuh merayu. Jarang jumpa Qays edisi gelabah macam ni. Hilang sudah Qays yang steady dan cool.

"Kenapa bukan sekarang, Tuan?" Tanya Arsha yang mahukan jawapan segera.

"Not now. Sekarang kita kena pergi jumpa Liu Ye. Dia dah dapatkan maklumat berkaitan kemalangan detektif dan hakim," beritahu Qays.

Arsha diam. Dia pun dah tertanya-tanya sangat pasal kes tu.

"Tuan janji dengan saya, Tuan akan beritahu semuanya nanti," kata Arsha mahukan pengesahan.

"Ya, aku janji," balas Qays.

Selepas mendengarkan janji Qays, Arsha lantas keluar. Dibiarkan sahaja kertas-kertas yang bertaburan itu. Hatinya sakit.

Arsha masuk ke dalam bilik kacanya. Beg tangan dibuka sebelum telefon, buku nota dan beg duit dimasukkan ke dalamnya. Bilik itu diperhatikan. Tiada sebarang kamera dapat dikesan.
"Dia tu stalker ke apa?" Arsha berkata menyampah. Siapa sahaja tak menyampah, bila setiap pergerakan diperhatikan. Entah-entah kat rumah tu pon ada kamera. Ei, seram!

Arsha lantas keluar dari bilik kacanya dan menyaingi langkah Qays untuk turun ke bawah. Sepanjang dalam lif mereka hanya diam. Arsha masih dengan muka menyampahnya dan Qays dengan riak serba salahnya.

Mereka keluar dari perut lif dan menuju ke Audi hitam Qays. Qays mengeluh kecil apabila dia sudah berada di dalam kereta. Minyak dah merah. Dari malam semalam merah. Ni kalau jalan juga, belum sempat keluar simpang dah mati. Ni lah padah belasah Audi ni tiga hari berturut-turut.

"Arsha, kita naik kereta kau," kata Qays sebelum keluar dari keretanya.

"Kenapa Tuan?" Tanya Arsha yang turut keluar dari kereta.

"Tak ada minyak," balas Qays sebelum berjalan laju ke arah tempat letak kereta staff.

Arsha hanya mengikut dari belakang. Dalam hati dah macam-macam dia bebel.

"I'll drive," kata Arsha sebaik sahaja mereka berada di hadapan Mazda merah itu.

"Nope," balas Qays sepatah sebelum pintu pemandu dibuka.

Arsha mengeluh kuat. Dia ni, nak ikut kepala dia je. Tak ada kompromi! Arsha lantas masuk ke dalam kereta sebelum Qays memulakan pemanduan.

Qays memberhentikan kenderaan di hadapan kedai menjual alat muzik. Enjin kereta dimatikan.

Vice Versa : VengeanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang