Each day of our lives we make deposits in the memory banks of our children
-Charles R. Swindoll-
▄︻̷̿┻̿═━一 •
"Aku rasa tak de keperluan nak cakap pasal dia," kata Qays.
"Tapi, dia ibu kau. Kalau dia buang kau, kau yang perlu merangkak balik minta kemaafan dia," kata Alif.
"Dia buat aku rasa hina. Itu yang dia mahukan," kata Qays sebelum berlalu pergi naik ke tingkat atas.
Alif melepaskan nafas kesal. Habis porak peranda keluarga itu. Termasuk lah kehidupannya.
"Makan la, Busu. Nanti Qays reda la dari marah tu," pelawa Arsha baik.
Alif tersenyum memandang Arsha. Manis, cantik dan sopan.
"Mana kenal Qays?" Tanya Alif sengaja mahu membuka cerita. Tidak lah mahu keadaan menjadi begitu kekok.
"Kenal dari kerja. Qays bos saya," beritahu Arsha. Tidak lah dia nak buka cerita pasal Qays jadi stalker selama 10 tahun.
"Bila resepsinya?" Tanya Alif lalu memasukkan secucuk sate ke dalam mulut.
"Dalam dua bulan. Sekarang ni Qays banyak kerja. Tarikh tetap pon belum tentukan lagi," terang Arsha lembut.
"Busu bukan nak masuk campur urusan Qays. Tapi lebih baik kalau silaturrahim antara dia dan ibu dia diperbaiki," kata Alif dengan riak yang risau.
"Saya tak tahu nak buat macam mana, Busu. Qays tu keras kepala," balas Arsha. Bukan dia tidak pernah terfikir tapi dia dan keluarganya pon ada masalah lagi pula nak menyibuk pasal keluarga Qays. Lagipun Qays tak akan dengar.
"Apa yang Busu tahu, Kak Uda ada kerja dengan institusi kulinari kat Puchong. Tapi tu dia bagitahu Busu dalam empat atau lima tahun lepas la. Busu pon dah lebih setengah tahun tak contact dia," beritahu Alif dengan niat membantu.
"Busu tahu apa nama institusi tu?" Tanya Arsha. Tangan sudah bersedia untuk mencari di Google.
"Appetite Cooking Studio," balas Alif. Kepalanya jugak turut menjenguk handphone Arsha. Ingin tahu juga betul atau tidak namanya.
Arsha lantas mencari di Google. Laman sesawang institusi itu dibuka. Senarai pemilik dan staff dibuka.
"Haa tu ada tu," kata Alif teruja apabila wajah kakaknya muncul di skrin Samsung Galaxy Z Flip itu.
"Esok saya cuba pergi sana. Tapi macam mana saya nak kenalkan diri?" Arsha buntu. Tak akan dia nak kata dia ni isteri Qays. Ibu Qays nak layan ke.
"Busu ada idea," kata Alif dengan senyumannya.
💕💕💕💕💕
Arsha menghampiri Qays yang sedang tekun membuat kerjanya. Dia memeluk tubuh itu dari belakang.
"Marah Busu ke?" Tanya Arsha lembut. Tangannya mula bermain-main dengan bahu Qays.
"Kau tak pujuk aku pon," kata Qays berbisik. Wajahnya masam mencuka.
Arsha gelak perlahan. Pipi Qays dikucup laju.
"Dia tetamu la. Tak elok tinggalkan tetamu macam tu," kata Arsha lembut supaya hati keras Qays ni boleh cair dengan cepat.
"Ye lah, my bad." Qays mengaku kalah.
"Saya rasa nak masuk kelas memasak la," kata Arsha selepas nafas ditarik dan air liur ditelan. Takut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomantikSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...