🎶Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu🎶
Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (2018)
▄︻̷̿┻̿═━一 •
Qays mengacau teh aisnya perlahan. Arsha dihadapan dikerling. Arsha juga hanya mengacau jus tembikai dengan straw. Kedua wajah jelas menunjukkan kesedihan.
"Macam mana lah dia boleh meninggal pula," kata Qays hampa.
"Dah ajal, Tuan," balas Arsha.
Mereka sekarang berada di Batu Pahat, Johor ingin membuat soal jawab bersama Siti Maisha. Malangnya, Siti Maisha telah meninggal akibat athma selepas solat subuh.
"Tuan," panggil Arsha.
"Hmm," balas Qays.
"Pak Su Tuan kat mana?" Tanya Arsha. Dalam rekod, kali terakhir orang-orang Qays menjejaki Alif ialah di Portugal pada tahun 2015. Sudah tiga tahun tiada sebarang rekod berkaitan Alif.
"Entah," balas Qaya pendek.
"Pada tahun 2015, Encik Alif dah berpindah dari satu negara ke satu negara. Hampir 25 negara pada satu tahun. Kenapa?" Arsha mula jadi polis pencen. Buku nota merah jambu dikeluarkan dari beg sebelum pen yang mempunyai aksesori berbulu itu laju menulis nota.
"Aku penat nak jejak dia. Banyak sangat dia berpindah," balas Qays.
"Tuan tak pelik ke kenapa dia selalu pindah?" Tanya Arsha.
"Mula-mula aku pelik juga. Tapi, dia kerja dengan NGO. Memang kerja dia berpindah sana sini bagi bantuan. Lagipun tak ada benda yang curiga tentang dia," terang Qays.
Arsha mengangguk faham.
"Kalau sampai ke Terengganu pun kita tak dapat maklumat kukuh, saya cadangkan kita jumpa dengan orang-orang yang berada di dalam rumah itu pada hari kejadian," cadang Arsha. Dia memandang Qays dengan wajah yang berharap.
Qays melepaskan keluhan berat. Pelipisnya dicengkam kasar.
"Aku tak nak kaitkan hal ni dengan keluarga aku," beritahu Qays dengan nada yang keras.
"Tak boleh macam tu, Tuan. Mereka patut disoal siasat juga. Kenapa semuanya nampak tidak adil? Mana tahu mereka yang bersalah?" Arsha berkata tidak puas hati. Kes ni sangat pelik.
"Keluarga tak akan bunuh Qaisara," balas Qays lemah. Tak pernah sekali pun dia terfikir bahawa ahli keluarganya yang lain membunuh Qaisara.
"Tuan juga keluarga. Tuan tak bunuh Qaisara," kata Arsha. Wajah tegang Qays diperhatikan.
"Itu apa yang kau cakap. Tapi, mahkamah cakap lain," balas Qays.
"Haa, cakap pasal mahkamah. Tuan tak rasa pelik ke bila hakim dan detektif yang bertugas untuk kes ni mati beberapa bulan selepas kes ini ditutup?" Tanya Arsha. Hampir lupa dia dengan hal yang ini.
"Itu lah masalahnya. Dua-dua terlibat dalam kemalangan. Mereka mati hanya selang dua hari," beritahu Qays. Wajahnya berubah serius.
"Tuan boleh minta DSP Liu Ye rekod kemalangan kan?" Tanya Arsha. Dia perlu tengok sendiri rekod itu. Takut-takut ada yang tak kena.
"Aku akan suruh Liu Ye cari maklumat pasal kemalangan tu. Then, kita bincang sekali," kata Qays.
Arsha mengangguk sebelum sambung menulis notanya.
"Arsha Mikayla," panggil satu suara dari belakang. Arsha lantas berpaling. Arshad yang berdiri semeter darinya sambil memeluk tubuh memandangnya tajam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
Roman d'amourSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...
