'Your lies are going to catch up to you'
▄︻̷̿┻̿═━一 •
"Eh? Kenapa bawa balik kotak tu? Bukan kau cakap nak letak kat office?" Tanya Qays ketika dia terserempak dengan Arsha dan Saiful di lif.
"Ada benda tak siap lagi," balas Arsha menipu.
"Ouhh, alright. Aku keluar kejap ye. Sebelum dinner aku balik," beritahu Qays seraya mencium dahi Arsha.
"Saya letak depan ni ya, puan," beritau Saiful sambil meletakkan kotak di hadapan pintu rumah.
Arsha hanya mengangguk lalu mendorong kotak itu ke dalam rumah. Pintu rumah ditutup sebelum dia berlari laju ke tingkat atas. Ipad di dalam bag dikeluarkan sebelum dia melabuhkan duduk di atas katil. Aplikasi tracker dibuka. Masih senyap dan tiada sebarang pergerakan. Barangkali Qays belum masuk ke dalam kereta.
Selang beberapa minit, bunyi pintu kereta dibuka kedengaran.
"Mansion tu ya, Tuan?" Tanya Saiful ingin memastikan lokasi tujuan mereka.
"Ya. Cray dah sampai sana?" Tanya Qays pula.
"Dah, Tuan," balas Saiful lalu memulakan pemanduan.
"Asal kereta ni bau bini aku?" Tanya Qays secara tiba-tiba membuatkan Arsha gugup. Jangan la kantoi!
"Tadi saya tolong Puan angkat kotak tu, jadi dia yang hidupkan enjin," beritahu Saiful.
Qays hanya mengangguk.
Arsha melepaskan keluhan lega apabila Qays tidak memberikan sebarang persoalan lagi.
"Mansion apa eh?" Tanya Arsha kepada diri sendiri. Dia hanya menunggu kenderaan Qays semakin menjauh baru dia boleh keluar untuk ikut. Takut kantoi nanti sebab kereta yang ada semuanya milik Qays.
Selepas menunggu sekitar 30 minit, akhirnya kenderaan Qays berhenti. Arsha melihat alamat dengan teliti. Macam pernah lihat. Arsha lantas berlari turun ke bawah dan kotak yang berada di hadapan pintu rumah itu dibuka laju. Dia mencari sebuah fail berkaitan money laundering di Austria. Arsha rasa nak pitam bila alamat yang sama tertera pada aset haram milik salah seorang saspek. Qays kata dia tak ada kena mengena dengan kes ni! Arsha lantas mengambil beg tangannya di tingkat atas sebelum berlalu. Dia perlu ke sana!
Setibanya dia di rumah agam besar itu, dia terasa seram. Kiri kanan hutan dan rumah agam ini agak jauh dari rumah-rumah yang lain. Arsha berjalan melepasi rumah agam itu dengan perlahan. Kelihatan kereta Qays dan Cray berada di situ. Terdapat dua orang pengawal keselamatan bersenjata mengawal pintu pagar utama rumah agam itu.
Arsha menghentikan keretanya agak jauh dari rumah agam itu. Dia tidak mahu kantoi awal-awal ni memandangkan keretanya bewarna putih dan mempunyai logo syarikat milik Qays. Selang beberapa minit, kelihatan rider foodpanda berhenti di rumah agam itu.
"Apahal ada foodpanda ni?" Tanya Arsha pelik. Situasi dah macam mafia kat Italy tu, tiba-tiba ada Foodpanda.
Pengawal itu membukakan pintu pagar dan palang besi untuk rider foodpanda tersebut. Arsha terus memusingkan keretanya. Dia akan terjah masuk bila rider tu keluar. Pagar rumah agam itu pun agak usang, harap-harap keretanya dapat merempuh pagar tu dengan selamat. Keretanya memang tak selamat la, at least dia selamat cukup la. Dia hanya perlu melepasi palang besi yang sudah tentu keretanya tak dapat rempuh.
Sebaik sahaja rider itu keluar, Arsha terus menekan minyak dan keretanya laju merempuh pintu pagar itu kuat. Bunyi hentakan sangat kuat dan seperti yang dijangka, pintu pagar itu hancur dirempuh oleh kereta Mercedes putihnya. Airbag terbuka dan bahagian kanan kepalanya berdenyut akibat terhentak di tingkap kereta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Vice Versa : Vengeance
RomanceSometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yan...